Assalamualaikum...
Rasa bulan ni (bulan September aka Syawal) saya macam kurang produktif dalam dunia blog. Kurang nak menjelajah ke blog-blog asing. Agaknya kerana suasana raya dan tiap-tiap hujung minggu saya akan keluar daerah (sama ada sekejap atau lama) untuk ke rumah terbuka, kenduri kahwin, doa tahlil dan lain-lain yang kadang buat saya kurang nak tumpu pada blog.
Bercakap mengenai majlis, Jumaat ini sepupu saya si Hanafi tu nak nikah Jumaat ini. Maka lagi sekali turun ke Lembah Kelang. Lepas tu petang sepupu sorang lagi di Subang Jaya buat rumah terbuka. Ni sepupu belah keluarga abah yang memang ramai menetap di Lembah Klang. Arwah atuk dah meninggal tahun lepas tapi rumah arwah atuk Makcik Minah yang duduk. Memang le ramai sepupu Wina belah abah nak kahwin jer. Jadi kadang-kadang tu tiap-tiap minggu kena turun KL sebab ada jer kenduri. Tak boleh nak rungut sebab saya dengan keluarga belah abah ni kurang rapat tapi terasa rapat tu musim Syawal ni sebab mereka buat majlis di bulan ini.
Baru-baru ini pengetahuan saya mengenai gambar jenis makro. Nampak cantik apabila gambar tu dibesarkan (macam tengok melalui kanta pembesar) Cuba ambil gambar mod makro ni tapi macam tak jadi atau tak sama macam orang lain buat. Ada sesiapa ada pendapat? Saya guna Nikon Coolpix S230. Ni kamera digital bukan dslr tau. Takpelah nanti saya nak cuba lagi.
Ok itu sahaja nak cakap. Jumpa lagi.

Ada Rupa Mode Macro Ke? Tengok Orang Lain Macam Dibesarkan Lagi Gambar |
Cubaan Pertama Macro Mode: Ambil Gambar Nasi Impit+Sate+Sambal Udang+ Kuah Kacang |