Nuffnang

Wednesday, September 14, 2011

Mengapa Kurang Semangat Berblog Dan Mencuba Ambil Gambar Secara Makro



Assalamualaikum...


Rasa bulan ni (bulan September aka Syawal) saya macam kurang produktif dalam dunia blog. Kurang nak menjelajah ke blog-blog asing. Agaknya kerana suasana raya dan tiap-tiap hujung minggu saya akan keluar daerah (sama ada sekejap atau lama) untuk ke rumah terbuka, kenduri kahwin, doa tahlil dan lain-lain yang kadang buat saya kurang nak tumpu pada blog.


Bercakap mengenai majlis, Jumaat ini sepupu saya si Hanafi tu nak nikah Jumaat ini. Maka lagi sekali turun ke Lembah Kelang. Lepas tu petang sepupu sorang lagi di Subang Jaya buat rumah terbuka. Ni sepupu belah keluarga abah yang memang ramai menetap di Lembah Klang. Arwah atuk dah meninggal tahun lepas tapi rumah arwah atuk Makcik Minah yang duduk. Memang le ramai sepupu Wina belah abah nak kahwin jer. Jadi kadang-kadang tu tiap-tiap minggu kena turun KL sebab ada jer kenduri. Tak boleh nak rungut sebab saya dengan keluarga belah abah ni kurang rapat tapi terasa rapat tu musim Syawal ni sebab mereka buat majlis di bulan ini.

Baru-baru ini pengetahuan saya mengenai gambar jenis makro. Nampak cantik apabila gambar tu dibesarkan (macam tengok melalui kanta pembesar) Cuba ambil gambar mod makro ni tapi macam tak jadi atau tak sama macam orang lain buat. Ada sesiapa ada pendapat? Saya guna Nikon Coolpix S230. Ni kamera digital bukan dslr tau. Takpelah nanti saya nak cuba lagi.


Ok itu sahaja nak cakap. Jumpa lagi.

Ada Rupa Mode Macro Ke? Tengok Orang Lain Macam Dibesarkan Lagi Gambar


Cubaan Pertama Macro Mode: Ambil Gambar Nasi Impit+Sate+Sambal Udang+ Kuah Kacang


10 comments:

Jasman said...

sy ambil pic guna hp sony eric j800i...hehe

NA said...

@Jasman: Telefon bimbit Kak Wina kualiti gambar tak cantik.

Jasman said...

silap sy pakai hp k800i...gambar pon bukan lawa sgt...kamera yg mahal2 ni xreti pakai la...

aimie amalina said...

weeeeee
cubaan yg baik akak..comeeii jek
makanan pulak tu kan
mungkin akak perlu snap mase ye kuar kotak ijau tu
mane2 kamera same jek
ye bile dah fokus...insyaAllah lagi clear gambo makro tu
hehehee..wee..pas ni amik lagi gambo taw
hehehe
akak..mimi dah nak ttp kedaai..awal plak rini..nunniitee!
jagn benti dr berbelog taw..semoga mood akak kembali dgn riangnyeee..aminnnn =]

NA said...

@Jasman: Ok

@Mimito: Ok terima kasih kasi tips nanti nak cuba. Yer takde berenti, insyaAllah, tengok Mimito punya semangat. Samalah hari ni nape tah nak tutup awal.

Ok komen-komen yang masuk nanti saya balas kemudian.

SoLy SoLicious said...

sy pun kurang mngadap belog...sibuk uruskan psal pndh kolej..huu...

GaRy™ said...

takper la kak.. belajar slow.. lama2 pro la... =)

abghani said...

fotogrpi aku minat tp kemahiran tk der lagi

fatynadia said...

macro bukan amik gambaq yang dekat2 ke kak?

NA said...

@Soly: Tengok Soly aktif juga kemaskini blog.

@Gary: Yup.

@Abghani: Kenalah mula daripada sekarang bro. Sikit-sikit lama-lama jadi bukit.

@Fatyn: Haah betul.