بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Setiap orang mempunyai saat gembira yang berlaku dalam hidup. Kita ingin rakamkan saat menggembirakan tersebut supaya kita dapat mengenang semula pada masa akan datang. Medium yang paling sesuai sudah tentulah gambar atau foto. Gambar dapat menangkap emosi dan ekspresi pelaku/objek di mana tidak dapat dinyatakan dengan perkataan yang tepat.
Saat yang menggembirakan bagi saya ialah ketika berjalan kaki di Pergunungan Aspiring (Mount Aspiring) bersama emak, abah dan adik lelaki. Gunung Aspiring adalah gunung tertinggi di New Zealand berada di luar bahagian Gunung Cook. Gunung ini terletak di Pulau Selatan (South Island) Percutian musim panas di New Zealand pada tahun lepas akan saya kenang sampai bila-bila. Apabila berkesempatan menjejakkan kaki di situ , tergambar ketenangan, keseronokan menghirup udara yang nyaman dan segar. Di samping menghayati keindahan alam semulajadi yang belum tercemar. Saujana mata memandang barisan gunung-ganang yang separa dilitupi salji. Kambing-kambing dan lembu-lembu dibiarkan lepas bebas meragut rumput dan menghirup air sejuk seperti ais yang jernih di gigi Sungai Matukituki Barat.
Gambar kesukaan saya yang menggambarkan saat saya bergembira adalah gambar di bawah.
Pemandangan yang indah seharusnya dihayati. Oleh itu, kami berjalan kaki sahaja dari tempat letak kereta ke Aspiring Hut. Perjalanan mengambil masa antara 2 hingga 2 1/2 jam melalui padang rumput yang luas. Menaiki jambatan gantung yang merintangi sungai dari padang rumput ke ke kaki gunung. Perjalanan makin mendaki bermakna makin mencabar. Kami hanya berjalan selama sejam kemudian patah semula ke tempat asal. Apapun keseronokan bersama keluarga, bergurau-senda sambil kami tolong-menolong antara satu sama lain untuk mendaki, memerhatikan persekitaran di samping makan snek yang dibawa. Tidak lupa agenda utama menangkap gambar bagi setiap detik kami di situ. Membelek-belek semula foto-foto yang telah dirakamkan seolah-olah melihat lukisan hidup.
Mengambil Gambar Di Gigi Sungai |
Di Jambatan Gantung- Angin Sangat Kuat |
Sungai Matukituki Barat |
Gaya Bebas Bergambar |
Oleh itu saya idamkan untuk memiliki Olympus Pen Lite E-PL3 Kit. Salah satu siri Micro Four Thirds System Standard. Ia dilengkapi fokus automatik yang terlaju, prestasi tinggi, lensa digital kamera yang boleh ditukar ganti, saiz badan yang lebih kecil daripada SLR biasa tetapi mempunyai fungsi sistem kamera kualiti seperti DSLR. 6 pilihan baru, penapis seni (art filter) yang boleh saya gunakan dalam fotografi. Fungsi yang saya rasa istimewa adalah penyambung paparan 3.0 inci yang boleh didongakkan sebanyak 8 darjah atau ditundukkan sebanyak 45 darjah. Kamera serbaguna dengan 4 pilihan warna yang menawan.
Siri Olympus Pen Mini E-PM1 juga hebat. Seperti namanya terdapat mini, ia mempunyai badan terkecil dan paling ringan dalam siri kamera Pen yang dikeluarkan iaitu 217 gram. 6 warna untuk dipilih: hitam, putih, perak, merahjambu, ungu dan coklat. Pilihan warna jika saya diberi pilihan untuk memilih ialah warna coklat. Ia menyediakan fungsi 'Panduan Secara Langsung' (Popular Live Guide) kepada pengguna untuk menangkap gambar yang dikehendaki.
Gambar ihsan Olympus diambil di sini
Ataupun beg kulit Olympus PEN (Olympus PEN Leather Carry-All Beg)
Peraduan ini anjuran Olympus dengan kerjasama Nuffnang.