Nuffnang

Sunday, June 7, 2026

7 Jun 2026: Walimatulurus Nurin Atiqah & Andi Muyarip

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Alhamdulillah hujung cuti iaitu Ahad dapat jemputan perkahwinan belah perempuan di dewan yang saya pernah pergi bulan lalu. Abah dapat jemputan daripada seorang kariah Masjid Kariah Repah. Anak perempuannya kahwin, kira makcik kepada anak buahnya berkawan dengan anak buah saya iaitu Azim. Saya tidak kenal yang kahwin ini.

Lewat datang sebab Abah ada ceramah yang dianjurkan oleh pusat dialisis pukul 9 pagi. Jadi hampir pukul 11 lebih bertolak dari Melaka ke Tampin. Sampai sana sudah pukul 12. 

Depan Dewan Tertera Nama Pengantin



Syukurlah tidak ramai orang. Ada tempat kosong. Sementara itu saya duduk di meja dapatlah ambil gambar sekeping dua. Sebenarnya sudah lapar sangat sebab tidak sarapan lagi.

Pelamin Bertema Merah & Putih

Kawasan Jajan & Kuih



Alamak gambar gegar pula. 

Saya ambil nasi putih dan nasi minyak, ayam masak hitam kut,  nanas dengan ikan masin kurau masak lemak cili api, ambil daging masak merah punya kuah (daging dah tiada, takpelah dah puas melantak daging minggu lepas dan minggu ini), ikan masin, sambal belacan, keropok, ulam timun dan salad. Lepas letak pinggan nasi atas meja pergi ambil taufufa dan rojak buah. Letak atas meja. Kemudian pergi balik ambil kuih pula. Ambil burger Malaysia, krim puf dan cara berlauk. Penuh atas meja.

Makanan Saya Ambil



Dukacita tiada air panas apatah lagi teh tarik. Jadi minum air mineral. Makan nasi dahulu. Lepas habis keronyotkan kertas minyak. Saya pergi basuh tangan. Ketepikan pinggan. Tengok orang sebelah saya (lelaki) letak bekas plastik makanan atas pinggan saya. Orang yang angkat-angkat pinggan tiada pula datang ambil. 

Lepas itu makan taufufa, rojak buah dan akhirnya habiskan kuih. Burger Malaysia itu besar juga. Rasa jenuh hendak habiskan. Setiap bekas saya letak pada pinggan pertama niat hendak angkat letak kemudian. Sekali orang sebelah ini baik betul angkatkan pinggan saya. Agaknya sebab diapun letak bekas makanan plastik atas pinggan saya mula-mula itu.

Pukul 1 kami beransur lepas tengok pengantin berarak memakai songket warna krim kecoklatan dengan perasaan bercampur-baur.

Azim(anak buah) siap memborong jajan sampai tidak cukup tangan apabila pulang. Bengang je saya tengok.

Oklah jumpa lagi.


No comments: