Nuffnang

Monday, October 15, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 2


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 2

***Hampir sebulan Alena menutup telefon bimbitnya. Ini untuk ketenangan hati. Tidak mahu berkecamuk lagi. Sepanjang waktu dia cuba mengubati hati. Mengadu pada Kak Ijah yang dikenali melaui satu laman sembang. Melalui Kak Ijah, dia mendapat dorongan dan nasihat. Alena menyibukkan diri melalkukan kerja-kerja rumah, menonton siri televisyen di internet atau memuat turun siri sperti 'Everybody Loves Raymond', 'House', dan lain-lain.

Ada juga teman Alena ingin memperkenalkan dia dengan orang baru selepas seminggu peristiwa itu berlaku. Hati Alena masih belum terbuka. Namun Alena berdiplomasi pada temannya, Haziq.
"Haziq suruh orang itu buat solat istikharah. Kalau positif bolehlah teruskan untuk berkenalan."
"Ya kak nanti Haziq sampaikan."

Alena tersenyum lega kerana telah meluahkan apa yang terbuku di dalam hati setelah sekian diasak pertanyaan untuk berkenalan. Pelbagai ciri-ciri positif Haziq ceritakan mengenai lelaki berkenaan. Sebenarnya ini adalah cara halus untuk menolak hasrat perkenalan tersebut.
"Kak Lena kena log off dahulu. Nak dating."
"Hah! Dating dengan siapa?" Haziq tercengang.
"Haha bertenang. Akak nak dating dengan Allah. Jumpa lagi. Assalamualaikum."
"Waalaikumussam."
Alena cepat-cepat daftar keluar google talk.

Beberapa hari kemudian, Alena telah mendapatkan jawapannya. Seperti kata hati dan solat istikharahnya yang berkata tidak begitu juga dengan orang itu. Cara ini tidak akan melukakan hati orang yang ditolak permintaannya.

Mulai hari tersebut Alena telah menetapkan cara begitu akan dilakukan untuk berkenalan dengan lelaki.
"Tidak perlu membuang masa lagi. Cukuplah pengalaman yang aku lalui," Alena menggumam. Hidup harus diteruskan dan Alena mengikut arus yang ada di hadapannya.

SAMBUNG...

Sunday, October 14, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 1


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 1

***Alana berharap tahun 2010 adalah tahun yang menggembirakan dan masa untuk memikirkan untuk berkahwin. Sudah hari ke-14 melangkaui tahun baru. Dia tersenyum di dalam kereta. Dia menuju ke Kuala Lumpur. Kereta dipandu Pak Andak. Tiba-tiba satu sms masuk ke telefon bimbitnya. Air muka Alena berubah. Hati merasa hiba. Isi kandungan sms daripada kekasihnya menusuk kalbu. Kekasihnya memutuskan hubungan dengannya melalui sms!

Tiba-tiba perjalanan terasa panjang.Hati terasa rawan, badan terasa letih. Mahu sahaj dia memengsankan diri. Koma selama-lamanya. Berat kepalanya. Dia cuba berborak ria dengan Mak Andak dan sepupunya, Taqif. Sambil-sambil dia membalas sms dengan pujukan kepasa orang yang tidak sudi lagi. Apakan daya sms tabg diterima semakin menyakitkan hati.

Alena kuatkan semangat masih menghantar sms kepada orang yang tidak sudi itu. Hati terasa perit. Dia bertanya apa salahnya hingga tiba-tiba sahaja orang yang tidak sudi itu ingin memutuskan hubungan dengan sewenang-wenangnya. Akhirnya malam itu, dia pasrah yang dia telah putus cinta buat sekian kalinya. Pulang ke rumah dengan hati hanya diserahkan kepada Allah dan pengaduan untuk hatinya disembuhkan setelah pecah-belah. Ketika itu, Alena membulatkan tekad mengeraskan hati untuk tidak melayan apa-apa bentuk komunikasi daripada orang tidak sudi itu lagi. Maka usai solat, Alena menutup telefon bimbiy. Sampai bila Alena akan menutup telefon bimbit? Dia akan tutup sehingga Allah bukakan hatinya untuk buka semula telefon bimbitnya.
"Aku akan tetap pada pendirian aku untuk tidak melayan engkau lagi selepas ini." Alena yakin dengan keputusan itu. Keheningan dinihari itu Alena menonton televisyen keseorangan sambil menangis apabila teringat tulisan kejam yang diterimanya.
"Kekejamanmu, aku serahkan pada Allah untuk membalasnya danaku berlepas daripadamu." Alena mengulang-ulang kata itu di hati di setiap ketika dan di setiap doa yang dipanjatkan. Kata-kata itu seolah-olah untuk mengubati hatinya.

SAMBUNG...