Nuffnang

Sunday, May 17, 2026

Hujung Minggu Bersendirian Di Rumah

 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...

Selamat berehat di hujung minggu. Saya berseorangan di rumah sejak semalam. Lepas Mak dan Abah balik kampung, saya tengok tv sekejap dan jalan laju kawasan perumahan. Lama tidak jalan sejak bulan November. Tengok-tengok ada sebuah rumah baru siap tempat saya selalu jalan. Cepat betul. Sedangkan ada 1 rumah di  satu jalan sama dengan saya tidak siap lagi padahal mula 16 September 2026.

Semalam dan hari ini masak lauk. Satu lauk iaitu masak kari ayam simpan dalam peti sejuk untuk lauk esok apabila Emak dan Abah ada. Esok masak sayur sahaja. Saya suka masak awal tapi tengok keadaan kalau kena lembutkan ayam, masak lewat.

Oklah saya coret ini untuk kenangan. Hujung minggu ini mood untuk masak lauk yang teringin hendak makan apabila berseorangan. 

Jumpa lagi.


No comments: