Nuffnang

Tuesday, October 16, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 6


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bahagian 6

***10 Mac 2010. Petang Rabu yang indah, Alena keluar rumah untuk berjalan-jalan seorang diri. Jalan-jalan cari barang. Jalan-jalan kerana Alwna berjalan kaki sahaja dari rumah ke The Sore, pasaraya yang semakin lengang kerana terpaksa bersaing dengan Jaya Jusco (JJ) Bandar Mekala dan Tesco yang berdekatan.

Pertama sekali sampai di The Store, Alena mengisi perut dengan hidangan McDonald McValue Meal yang berharga RM5.95. Kemudian membelek-belek baju dan seluar di tingkat 2. Ada yang Alena berkenan tetapi dia menangguhkan untuk membeli.

Lima belas minit dia berjalan ke arah JJ dan masuk ke dalam bangunan ke bahagian yang sama seperti di The Store. Berkenan sahaja terus beli. Kemudian singgah ke kedai buku The Popular. Banyak buku yang menarik tetapi mengenangkan dia akan ke Pesta Buku di PWTC bulan hadapan, dia hanya membeli novel 'Jaja dan Din'. Itupun kerana Nurhuda beria-ia mengatakan cerita buku tersebut menarik yang menyebabkan Alena tidak sabar membelinya. Lagipun ada diskaun 15% untuk buku tersebut jadi dia tidaklah rasa rugi sangat. Setelah membeli, Alena ke Tesco yang terletak bersebelahan dengan JJ. Jalan kaki mengambil masa lebih kurang 7 minit. Tempat dituju masih sama iaitu bahagian pakaian. Beli lagi apabila jumpa yang dia minat. Ketika ini Alena merasa penat dan menyesal kerana tidak beli baju dan seluar yang diinginkan ketika di The Store.

Usai urusan, Alena pulang  melalui jalan lain dan singgah minum di gerai sebelum sampai ke rumah. Sangat penat tetapi Alena seronok kerana pertama, membeli-belah seorang diri yang baginya bukan untuk dilakukan. Kedua, dia telah melakukan senaman dengan berjalan kaki. Menyahut seruan kerajaan berjalan 10 000 langkah sehari. Ia merupakan satu terapi buat dirinya.

SAMBUNG...

Monday, October 15, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena- Bahagian 5


 بسم الله الرحمن الرحيم


Assalamualaikum...
Bahagian 5


***Alena telah membeli buku log bersaiz F5 untuk menulis diari. Buku itu dianggap sebagai tulisan kehidupan. Apa yang ingin diluahkan, idea, coretan, muhasabah tentang diri dan lain-lain. Januari 2010, log kehidupan telah dicoret secara berkala dan tetap.

Alena berharap pada suatu hari terutama apabila dia berjaya menghilangkan tipikal orang ramai pada dia dan mencapai impian, dia dapat membaca semula log kehidupan yang telah ditulis.
"Tidak tahu bila aku akan keluar daripada kepompong ini tapi aku akan selalu bersangka baik kepada Allah." Alena tidak mahu menyalahkan Allah. Tidak mahu berputus asa dan hanya mengikut aliran hidup. Alena akan cuba tahan untuk menjadi orang kerdil di sekeliling orang ramai. Dia menjadi seorang yang mahal untuk berkata-kata tanpa berhati-hati. Takut untuk bersuara kerana takut menerima soalan-soalan yang tidak ingin dia dengar.

SAMBUNG...