Nuffnang

Sunday, October 12, 2014

Bersiaran Dari Spencerville


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah kami telah selamat berpindah ke Spencerville pada Rabu lepas. Mudah dan cepat proses pindahnya. Katil saya siap pasang hari itu juga. Malam tidur ke arah tingkap dengan pemandangan ke luar langit kirmizi yang kelabu. 

 
Pemandangan Luar Dari Bilik Tidur




   


Hari Jumaat pula barangan runcit selamat dihantar oleh pihak pasaraya Countdown. Penuh pantri dengan barang-barang sedia ada dan yang baru tiba. Semangat dengan ketuhar baru. Dapur pun luas. 



Pantri+Dapur




Internet pun dapat hari Jumaat. Senang nak pasang. Pihak Vodafone pos modem hari tersebut dan adik saya pasang. Tidak perlu pihak teknikal datang untuk pasang.
Sekarang ini segala-galanya di hujung hari dan boleh dilaksanakan secara talian.

 

Monday, October 6, 2014

Juadah Raya Haji/Aidil Adha Di Perantauan


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam macam sentimental sahaja. Hati memang rasa tak seronok. Pasrah sahajalah. Saya jenis sukar meluahkan perasaan. Apatah lagi saya bukan jenis menunjukkan perasaan. Tiadalah saya cakap "saya sayang emak" ke apa.

Adik saya pandai usik beritahu mak kat telefon saya menangis rindulah pada sebelah malam. Saya cakap takdelah. Lepas itu selamba cakap menangis dalam hati. Gelak-gelak saya. Tanya apa juadah di kampung. Mak kata Mok buat nasi dagang dan laksa Johor. Uwaa terus cakap teringin nak makan.

Di sini alhamdulillah adik ipar buat pulut kuning dan rendang daging. Jenuh cari daun limau purut di sini. Macam-macam kedai runcit Asia kami masuk. Akhirnya ada di Countdown. Syabas adik ipar kerana gigih mencari. Saya ni tak membantu langsung untuk tolong masak. Tolong makan. Alhamdulillah rezeki. Makanan sedap. Terima kasih kerana susah-susah untuk Kak Long. Moga murah rezeki. 

Apapun lepas borak dengan mak malam itu perasaan tak seronok itu hilang. Lepas itu masuk tidur. Hari Raya Haji tahun ini jatuh pada tarikh hari lahir adik bongsu.


Pulut Kuning Bersama Rendang Daging