Nuffnang

Thursday, June 25, 2015

Puasa Di Sini

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah dah seminggu puasa. Sini puasa bermula hari Jumaat. Rasa pelik juga masa hari Khamis minggu lepas saya sarapan pukul 9 pagi teringat orang-orang Malaysia tengah sahur. Janggal betul. Nasib baik dapat luahkan pada kenalan rasa sedih dan luar biasa sebab tak puasa hari itu.

Buka puasa hari pertama kelam-kabut sebab Aidan (anak sedara) meragam nak Mami dia yang sibuk goreng ayam. Hoho buka puasa sini awal pukul 5 petang macam sarapan petang tapi dah hampir gelap. Sayapun macam keliru la dengan waktu sini. Ada hari itu orang hantar barang runcit dari Countdown datang pukul 3 petang, Saya sapa orang tu "Good evening" tapi orang tu apabila dah habis letak barang-barang runcit jawab balik "Good afternoon".  Pelik betul tengahari apebende. Matahari memanglah memancar terang-benderang tapi dah Asar. Keliru sekejap.

Saya dah boleh buat unggun api. Hoyeah lama-lama jadi mudah. Macam tugas hakiki diri ini untuk buat unggun api apabila sejuk.

Pengetahuan baru: New Sea Land= New Zealand :0 Sini saya banyak tengok kuiz dari UK dan Australia macam The Chase, Pointless, One Million Dollars petang-petang waktu hampir berbuka.

Selamat berpuasa semua. Macam mana puasa korang?

 

Thursday, June 4, 2015

Masa Untuk Dibunuh

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari ini hari ke-6 diri di sini. Biasalah memula tiba mesti emosional. Sejuk macam duduk dalam chiller box rasa macam diri ini berawet beku macam ikan. Hehe. Semalam dapatlah rasa jadi buruh kasar. Masukkan kayu api dalam pondok. Banyak gila. Orang yang menghantarnya hanya timbunkan tepi pondok. Bersungguh-sungguh diri ini dan adik ipar laksanakan tugas dengan hujan gerimis dan Aidan yang sudah mengantuk. Nasib baik tiada peluh merecik. Hanya kedinginan waktu menghampiri Maghrib. Diri ini anggap seperti senaman angkat berat. 

Saya belum berjaya menghidupkan unggun api daripada awal. Takpelah diri ini akan usaha lagi. Banyak benda diri ini perlu belajar termasuklah benda bodoh nak buka pintu stor pun belum dapat lagi. Hehe terfikirlah kemahiran hidup diri ini sangat teruk.

Oklah jumpa lagi. Mahu layan novel. Oh!Ya sini waktu Isyak 6:38 petang. Banyak masa untuk dibunuh (alih bahasa daripada time to kill) pada waktu malam. Takkan nak tidur pun 9 pula. Hehe.