بسم الله الرحمن الرحيم
Salah satu perkara aku tak boleh lupakan adakah kebaikan 'Good Samaritan Guy'. Seorang lelaki Kaukasia tinggi lampai yang pakai jaket sejuk berada di dalam kereta seorang diri depan pasaraya Countdown. Aku rasa dia baru sampai sedangkan aku menyorong troli berbentuk kereta mainan pasaraya untuk diletakkan di tempat yang disediakan. Dia lihat aku macam termangu nak letak di mana. Ini kerana troli kereta mainan itu sangat besar, tidak muat untuk letak di bahagia troli biasa.
Dia menawarkan diri untuk membantu. Dia tanya nak letak di mana troli kereta mainan tersebut. Sepatut tak payah tanyalah kan sebab dia boleh letak di mana tempat yang sepatutnya. Akupun nak berbudi bahasa sebab dia dah tanyakan, aku menjawab "you can put it here." To my surprise dia jawab balik " how about I put it here." Aku pula tiba-tiba kata 'but I want to put it here" sambil jari aku tunjuk satu tempat yang aku nak letak jauh sedikit. Aku rasa satu kelucuan macam dia nak bergurau dengan aku. Dia senyum je. Lepas aku perati dan fikir, aku sedar tempat aku nak letak tu tak muat untuk troli mainan jadi aku beralah (2-3 kali kitorang berbeza pendapat). "Yes, you can put it where you want it to be." Dia senyum lebar lepas itu letak di mana dia nak letak. Selepas itu aku ucap terima kasih dan berlalu pergi.
Apa yang bermain di fikiran aku, dia boleh je letak di mana dia nak letak tanpa tanya aku nak letak di mana. Haha itu yang jadi lawak sebab ada 'perselisihan pendapat'. Takde gaduh atau pertengkaran cuma macam dia bergurau/buat lawak dengan aku. Aku pulak layan nak berselisih pendapat. Buat aku terfikir dia ni nak mengurat aku ke? Sampai sekarang aku ingat. Apapun doa yang baik-baik untuk dia. Mungkin dia tengok aku monyok/sedih jadi dia berbual dengan aku. Itu anggapan aku. Hanya Allah je yang tahu.
Assalamualaikum...