Nuffnang

Friday, May 1, 2020

Essential Oils

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tak seronok guna blogger interface baru ni. Tak boleh taip.

30 Mei 2020

Suka tulis tulisan pada hari ini, 30 Mei taip letak ke belakang. Aku tak harap orang baca sebab tulis daripada lubuk hati dan kadang-kadang ia sebagai rujukan untuk aku baca pada akan datang.


Eden's Garden Lemon
Eden's Garden Lemon Essential Oil


Tadi aku akhirnya keluarkan minyak pati lemon Eden's Garden daripada bubbles wrap. Jadilah satu koleksi minyak pati (essential oils) terdiri pelbagai jenama. Ada Young and Living, Narinar, Ronella, MARDI dan semestinya Eden's Garden. 


Minyak Pati
Essential Oils


Ada minyak yang dah habis iaitu cajuput dan botol kosong tu aku letak minyak lemon myrtle daripada MARDI. Jadi botol MARDI tu yang kosong.

Aku ada berangan nak beli koleksi minyak daripada Ronella sebab
1. Murah
2. Buatan Malaysia.

Memang berangan nak ke kedai Ronella di Bangi Sentral tapi keadaan PKPB ni tak mengizinkan. Samalah nak ada koleksi Eden's Garden tapi ini dari luar negara. 

Aku tulis ni juga sebab adik aku Y minta nak guna nama aku sebagai ahli Young and Living semalam petang, 29/5. Tapi takde makna aku nak buat koleksi/ beli secara banyak jenama ni sebab MAHAL! Tapi ini jenama pertama aku beli lepas aku balik dari luar negara 2 tahun lalu. Masa aku kat luar negara, aku sengsara sakit dan aku tekad nak cuba minyak pati. Apabila sampai di Malaysia aku terus pesan pada adik aku, aku nak lavender, eucalyptus, German chamomile dan rosemary untuk sakit aku. Nasib baik dapat cepat dan terus pakai. 4 botol je aku dah kena bayar RM400 lebih. Gilalah satu botol jatuh lebih RM100. Lepas tu aku cuba jenama Narinar. MARDI, Ronella dan Eden's Garden. Eden's Garden ni pelekat luar nampak cantik dan kemas berbanding jenama tempatan.





Thursday, April 30, 2020

Syukur: Cabaran Kesyukuran Hari 1-7 Ramadan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Terjumpa pos mengenai '30 Days of Gratitude Ramadan Challenge.'  Memandangkan terjumpa pada puasa ke-6. Saya akan himpunkan cabaran puasa pertama hingga 7. Sesiapa boleh buat tiada syarat penyertaan. Boleh rujuk gambar di bawah atau laman web momcandothis.com


Ramadan Challenge
30 Days of Gratitude Ramadan Challenge


Cabaran Puasa Hari Pertama: What kind of food are you grateful for?

Terlalu banyak! Alhamdulillah, tak pernah kebuluran atau tak cukup makan. Saya cuma akan tekankan dapat makanan kegemaran seperti laksa, segala pasta, soto. Banyak.

Cabaran Puasa Hari Ke-2: Who in your life are you grateful for?

Mestilah keluarga! Ibubapa dan adik-beradik. Mak yang selalu masak dan fikir menu ketika bulan puasa. Abah pula beli barang keperluan waktu PKP. Selalu tanya saya nak apa. Rasa serba-salah sebab saya suka beli sendiri. Lagipun saya kena tengok apa ada dalam pasaraya baru beli. Selalu bergantung pada jualan murah atau benda saya teringin makan di mana makanan rapu macam makanan sejukbeku, coklat, kerepek kentang. Ada juga minta beli apa yang saya perlu. Benda-benda merepek dan kerepek nanti saya beli lepas PKP tamat.

Cabaran Puasa Hari Ke-3: What moment are you grateful for?

Satu keadaan saya syukuri ialah baring di atas katil sambil pandang langit biru dan awan, pokok dan dengar kicauan burung tepi tingkap. Hari-hari buat. Lepas tu fikir apa yang menyeronokkan. Macam-macam fikir.

Cabaran Puasa Hari Ke-4: What skill are you grateful for?

Ni susah sedikit. Rasa macam takde kemahiran je. Haha. Lepas tu sedar 1 perkara. Saya pendengar/ pembaca yang baik. Sesiapa nak luah masalah, saya jadi pendengar setia.

Cabaran Puasa Hari Ke-5: What about your body are you grateful for?

Alhamdulillah badan sihat. Lebih-lebih lagi waktu PKP. Syukur saya boleh lakukan kerja rumah, turun naik tangga tanpa masalah. Boleh solat sempurna, selesa, makan dan bergerak.

Cabaran Puasa Hari Ke-6: What technology are you grateful for?

Teknologi waktu ini memainkan peranan ufama pada manusia. TV, saya syukuri. Dapat maklumat terkini, hiburan.
Telefon bimbit. Saya suka permainan Candy Crush Soda dan Farm Heroes. Saya ada telefon lain khas untuk main permainan. Takut habis bateri kalau 1 telefon.

Cabaran Puasa Hari Ke-7: What smell are you grateful for?

Syukur saya boleh bau macam-macam. Saya bersyukur secara spesifik bahan wangi dan menenangkan. Saya ada koleksi minyak pati (EO) yang saya guna kerap dalam kehidupan. Saya letak pada tempat sujud, pakaian, tempat yang sakit dan luka.

Ok itu sahaja. Nanti sambung lagi.