Nuffnang

Sunday, May 17, 2020

Syukur: Cabaran Kesyukuran Hari 22-25

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sudah masuk 25 Ramadan. Betapa masa cepat berlalu. Bagaimana Ramadan korang? Saya begitu teruja/bertenaga waktu malam, siang macam lemau sedikit.

Ok mari sambung cabaran hari ke-22 hingga ke-25.

Cabaran Puasa Hari Ke-22: What attribute of God are you grateful for?

Saya amalkan zikir 'Ya Wahhab' (Maha Pemberi) Saya mengharapkan rahmat dan kefahaman. Saya makhluk yang mempunyai pelbagai hajat dan mengharapkan pemberian-Nya.

Cabaran Puasa Hari Ke-23: What change are you grateful for?

Satu hari pada tahun 2010, ada peristiwa yang memberi kesan kepada jiwa dan fizikal. Sungguh-sungguh menangis. Pada hari itu merupakan titik perubahan (turning point). Saya tetapkan diri untuk setiap hari baca al-Quran.Wajib setiap hari baca surah al-Waqiah dan kemudian al-Mulk. Harap-harap bertambah sedikit demi sedikit dan istiqamah.

Cabaran Puasa Hari Ke-24: What part of the day are you grateful for?

Saat menunggu berbuka puasa. Saya rasa semua orang pun begitu. Menunggu di hadapan meja makan. Sejam sebelum berbuka, saya menunggu sambil khusyuk berdoa. Harap istiqamah.

Cabaran Puasa Hari Ke-25: What character trait of the Prophet are you grateful for?

Sifat sabar. Sabar di atas tentangan kaum kepada baginda. Sabar ketika berdakwah. Sabar ketika menghadapi ujian kewafatan orang disayangi iaitu Saiditina Siti Khatijah dan bapa saudaranya.

Lepas ni pos terakhir Cabaran Puasa. Jumpa lagi.



Thursday, May 14, 2020

Syukur: Cabaran Kesyukuran Hari 18-21

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sambung lagi. Saya rasa kerana cabaran ni saya rajin menulis walaupun bukanlah hari-hari.

Cabaran Puasa Hari Ke-18: What invention are you grateful for?

Penemuan. Terlalu banyak untuk disyukuri. Setelah ditimbang tara, saya menghargai perkembangan internet.

Cabaran Puasa Hari Ke-19: What knowledge are you grateful for?

Pengetahuan. Macamlah saya ada pengetahuan yang luar biasa. Pengetahuan yang saya syukuri ialah jadi diri sendiri. Alhamdulillah.

Cabaran Puasa Hari Ke-20: What role model are you grateful for?

Kualiti mengambil berat dan pendengar yang baik yang ada pada adik bongsu si M. Dialah yang peka/ambil berat masalah saya. Tempat saya luahkan kemarahan dan menangis pada dia. Saya tak boleh luah pada emak tapi pada M mudah sangat. Semoga murah rezeki M! 


Nak duit raya



Cabaran Puasa Hari Ke-21: What in this Ramadan so far are you grateful for?

Buat terawih sorang-sorang. Cakap terus-terang seronok buat sorang. Suka hati nak buat pukul berapa. Selalunya buat lewat pada pukul 11 malam atau 12 pagi. Waktu ni dah hening. 

Itu sahaja. Jumpa lagi.