Nuffnang

Friday, December 25, 2020

Memori

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Perjalanan hidup sudah jauh ditempuhi. Ada ketika sudah memaafkan tetapi kenangan masih menghantui.

-No matter how far we travel, the memories will follow in the baggage car
August Strindberg

Saturday, December 12, 2020

Restoran Cambodia Sup

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Ahad lepas, kami pergi ke Restoran Cambodia Sup untuk bersarapan. Memang bercadang untuk mencuba semasa kami ke Warung Nasi Ayam Hailam Pak Husin. Memang tidak jauh antara restoran ini dengan warung tersebut. 

Tanda Nama Besar Terpampang Cambodia Sup



Restoran ini senang dilihat tepi jalan TMR 2, Taman Tanjong Minyak Ria. Perhati, insya Allah tidak akan terlepas.

Tanda Batu Taman Tanjong Minyak Ria



Ia menyediakan makanan dari Thailand, Vietnam dan Kemboja. Pelbagai makanan dan minuman disediakan dengan harga berpatutan. Antara hidangan menarik perhatian saya ialah popia Vietnam, nasi ayam daging salai, laksa Thailand, Ban Chew, kuew tiaw Champa, kopi Vietnam

Seleksi Menu (Bahagian Dalam)



Seleksi Menu (Bahagian Luar)


Saya memilih laksa Thailand. Rupa paras macam laksa lemak Melaka. Rasa pula macam laksam. Ia menggunakan bihun. Sedap kombinasi masin dan masam cuma tidak pedas ,menggunakan banyak sayuran dan ulam jadi banyak unsur rangup. Saya boleh katakan makanan sihat. Saya sahaja pilih makanan berat yang berkuah  untuk makan lewat tengahari.

Laksa Thailand



Bercadang untuk datang lagi untuk mencuba ban chew dan popia Vietnam. Tidak lupa kopinya juga.
Abah mencuba mi dan emak pula memilih nasi ayam daging salai. Ada 2 protein utama.

Sesiapa berminat bolehlah datang ke sini di Tanjong Minyak Melaka.