Nuffnang

Monday, December 28, 2020

Lawar Bachang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
 
Julung-julung kali semalam saya dapat makan lawar bachang di kenduri sepupu saya bertunang semalam. 


Buah Bachang



Maklang banyak bawa buah bachang. Maka keputusan untuk buat lawar. Pertama kali tahu dan makan lawar bachang.

Lawar bachang terdiri daripada bachang ditakik pada buah, bawang besar dihiris, cili besar dihiris, sedikit belacan, lada hitam halus dan santan (sama ada dimasak atau guna air masak) dan garam secukupnya. Macam kerabu cuma beza ada lada hitam dan belacan. Kerabu pula guna kerisik.


Lawar Bachang



Rasa ada manis, masam dan wangi daripada bachang. Bolehlah pada tekak tapi sekadar merasa. Hehe. Belum ada rasa suka.


Saturday, December 26, 2020

Bungkusan Sudah Sampai

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah bungkusan yang ditunggu sudah selamat sampai.  Kotak empat segi tepat yang dibungkus dengan sangat cermat dan kemas. Terima kasih pemberi hadiah ini iaitu Azhafizah MN pemilik blog sihatimerahjambu. Saya memenangi tempat ke-3 senarai pemberi komen tegar. Fizah seorang yang rajin melawat blog orang. Bolehlah sesiapa hendak melawat blog, taip www.azhafizah.com

Kotak  Berwarna Coklat 




Proses membuka kertas minyak dengan teliti. Buka kotak pula, terdapat penanda buku menyapa mata. Rekabentuk kedesaan (rustic) dan unsur kayu (wood). Berbaloi disimpan untuk menanda buku.


Penanda  Buku  Menyapa Mata



Ianya lampu bola raga yang menggunakan USB. Mari kita gunakan sama ada ia berfungsi atau tidak. Letak bola raga itu berhati-hati atas binaan kayu.

Lampu Bola Raga Merah Jambu Setelah Dihidupkan



Berjaya! Ia berfungsi dengan baik. Puas hati. Terima kasih Fizah. I am honored to get your present.