Nuffnang

Sunday, July 18, 2021

Menu Berbuka Hari Tarwiyah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Alhamdulillah selamat berbuka dengan nasi beriani Arab guna rempah Al-Hexa. 

Rempah Nasi Beriani Arab Al-Hexa


Digandingkan dengan kambing perap beserta kuah lada hitam. Sekarang ini semua mudah dan segera jadi tidak perlu beli rempah untuk perap daging dan tidak perlu beli lada hitam dan segala bahan untuk pencicah. Jenama Pak Mat Western dengan slogan 'Citarasa Hotel Harga Warung'. Berat 150 gram harga RM35. Murah tidak? Tidak pasti. Rasa sedap dan daging lembut. 

Kambing Perap Pak Mat Western Bersama Kuah Lada Hitam


Tidak sangka puasa hari ini tapi emak kata hari ini hari tarwiyah. Pertama kali dengar nama hari tersebut. Memandangkan rasa penat dan bosan hendak makan jadi eloklah puasa hari ini. Jadi alhamdulillah puasa dengan jayanya.

Esok puasa hari Arafah pula. Esok menu apa ya hendak makan? Haha kalau tidak berbuka sahajalah menu tadi tidak habis semua. Malas hendak makan Jumpa lagi.

Saturday, July 17, 2021

Habiskan Apa Yang Ada

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Cuaca sangat cerah dan panas sangat cantik untuk jemur baju. Kalian buat apa itu?

Isnin lepas adik perempuan saya suruh tengok stok minyak pati (eo) yang masih tinggal dalam bilik untuk diiklankan untuk dijual. Jadi saya senaraikan pati yang ada. Memandangkan hampir setahun lebih dia dan keluarga tidak dapat balik.

Alang-alang sebelum itu saya sudah tanya boleh ke habiskan stok makanan yang dia simpan dalam bilik dia juga. Maklum simpan lama-lama pun tidak elok. 

Jadi saya keluarkan dahulu sapuan Lotus Biscoff, biskut Lotus Biscoff yang popular dan teh hitam Ceylon  bersama bergamot jenama  English Tea Shop. Haha nampaknya rezeki untuk perut saya. Saya perasan waktu kena kurung penuh ini stok makanan yang lama-lama akan cuba dihabiskan segera. Bagus juga sebab nanti boleh cari stok-stok baru.

Biskut Dan Sapuan Lotus Biscoff Beserta Teh Hitam Ceylon Bersama Bergamot



Teruja juga hendak tahu rasa bergamot. Terus buat teh tapi kecewa sebab tidak dapat tangkap rasa bergamot itu.

Korang macam mana? Habiskan stok makanan lama ketika ini atau tidak habis?

P.S: Saya sudah habis baca buku Margaretta Gauthier.