بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Alhamdulillah senarai bacaan blog (reading list) sudah kembali pulih. Hehe rasa patah kaki pula sebab tiada senarai blog tulisan terkini terpapar. Sudahlah sebelum ini Puan Mama Yan (Azian Khalil) pernah cerita dia hilang senarai blog blogger di blog. Saya dengan bangganya kata saya punya senarai blog ada pada papan pemuka (dashboard) blogger. Pap, beberapa hari kemudian, senarai tulisan terkini blogger yang saya ikuti hilang. Serve me right!
Macam orang buta. Kenalah jalan (blog walking) berdasarkan ingatan sahaja bukan berdasarkan tulisan terbaru.
Korang ingat tidak, tidak silap 2013 atau 2014 blogger tidak boleh diakses? (Sudah semak tahun 2011) Menggelupur masa itu tidak dapat menulis. Boleh klik di sini untuk baca.
Alhamdulillah atas nikmat dapat menulis dan membaca. Oklah jumpa lagi.