بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sabtu lepas mak datang ke bilik saya beritahu hendak keluar makan selepas Asar. Tidak diberi tahu hendak ke kedai mana. Ingat lepas Asar baru hendak makan nasi di rumah. Jadi memang kelaparan sangat masa pergi ke sini.
Maka kereta menuju ke arah Klebang. Dekat juga dengan Pantai Klebang, tarikan pelancongan.
Singgah di satu kedai yang terletak antara banyak kedai-kedai yang ada Meriah juga. Berhampiran juga dengan Marrybrown dan tidak jauh juga dengan kedai Melantak. Ya kami makan petang di Champa Cuisine. Abah saya memang suka makanan Kemboja. Rupanya tuan punya kedai ini yang buka Warung Pak Husin. Pernah makan pada tahun 2020.
Boleh baca sini: Review Nasi Ayam Hailam Pak Husin
Oleh kerana cuaca amat panas dan masin terik, kami makan di dalam kedai.
Masuk sahaja diberi buku menu dan kertas pesanan.
Saya memilih Sizzling Rice Seafood. Ilustrasi menarik dengan udang, sotong dan telur mata. Adakah sama dengan makanan sebenar?
Hampir sama. Persembahan 10 markah disertakan cili kicap. Bagi saya padanan kurang sesuai sebab rasa sizzling yang masin diberi cili kicap yang masin pedas. Nasib baik ada disediakan bekas-bekas untuk meja. Jadi ambil bekas cili sahaja.
Air pula ambil kopi Vietnam. Tiada dalam gambar. Kecewa juga dapat dalam bekas gelas kaca tanpa penapis kopi yang sinonim dengan kopi Vietnam.
Apapun rasa memang sedap. Cuma kurang pedas. Air pun sedap memang rasa kopi Vietnam. Boleh cuba menu lain. Dibuka petang hingga malam. 5 petang-1 pagi. Selasa tutup.
Apapun penghantaran makanan cepat mungkin belum ramai lagi.
Jenis makanan yang dijual: makanan barat, sizzling, nasi ayam, roti canai, makanan Kemboja seperti sup Kemboja, tongmo dan manisan.
Alamat: 81 Jalan KU 2, Klebang Utama, 75200 Klebang, Melaka.
P.S: Tidak ambil gambar-gambar makanan abah dan emak. Macam malas pula hendak buat bentangan (flatlay).