بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Melepasi Jumaat ke-2, alhamdulillah terima rezeki daripada pihak McD sumbangan makanan moreh.
Lumayan juga Masjid Al-Alami MITC terima infaq daripada orang perseorangan atau syarikat. Sama ada dalam bentuk duit atau makanan. Tidak sangka McD sediakan pek kertas coklat McD berisi burger ayam dan pai ayam. Tapi sayang ramai terus balik tidak ambil pek. Lagi satu mungkin lambat kenderaan McD sampai ke kawasan tempat khemah. Witir habis dalam pukul 10 malam.
Apapun emak ambil 4 pek. Tidak makan di khemah.
Burger ayam dengan burgernya bentuk hati, sedikit sayur salad bersama mayonis.
Pai epal. Lama tidak makan.
Terima kasih Allah dapat rezeki tidak disangka. Memang boleh sendiri tapi dapat percuma memang menyeronokkan. Makan ketika buka esok jawabnya yang ada lebih.