Nuffnang

Friday, May 27, 2022

Nasi Kerabu Bukan Biru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Kegembiraan berpuasa ialah ketika berbuka.

Inilah makanan berbuka saya semalam. Nasi kerabu bukan biru. Pertama kali juga makan nasi kerabu bukan biru di gerai yang selalu pergi. Inipun menu baru gerai ini. Makin bertambah menu baru selain laksa, mi kari, laksa, soto, lontong, laksam dan nasi dagang. Di samping menu biasa jumpa iaitu nasi lemak, mi/minum goreng selain kuih-muih. Asal beroperasi di gerai kecil tapi banjir tahun lepas maka berpindah ke deretan kedai berhampiran pasar Durian Tunggal.

Bungkusan Putih Dan Coklat. Nasi Kerabu Bukan Biru



Kuantiti memang banyak. Diasingkan gulai, sambal budu, kerisik dan ulam. Manakala dalam kertas coklat berisi nasi bukan biru, keropok, ayam goreng dan telur masin. Sayang keropok tidak garing.

Isi Dakam Bungkusan Coklat. Nasi Bukan Biru. Keluarkan Separuh Daripada Dalam Gambar



Harga RM6.50. Rasa memang sedap tapi sayang tiada lada solok. Makan 2 kali. Ketika berbuka dan sarapan. 

Kenyang betul. Alhamdulillah.

Sunday, May 22, 2022

Makan-Makan Hujung Minggu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pejam celik sudah Ahad petang. Hujung minggu bermula semalam makan buffet tengahari di La Crista Hotel. Tidak ramai orang malah kami orang terawal masuk untuk makan. Malahan tempat dibuka lewat iaitu dalam 12:30 tengahari. Sambil tunggu di ruang tengah, ambil gambar hadapan.

Hadapan Cafe Stad#



Masuk sahaja tengok makanan yang ada. Ada yang sama tidak berubah seperti salad, kerabu, aiskrim, air panas dan sejuk, piza dan spagheti, daging panggang, pencuci mulut. Ada berbeza menu seperti nasi hujan panas dan lauk-pauk seperti ayam masak merah, dalca ,daging masak hitam dan lain-lain.  Daging masak hitam paling sedap bagi saya. 

Lauk Paling Sedap Bagi Saya

Ada makanan raya juga seperti ketupat, lemang dan rendang. Ada bertih jagung.Sesuatu yang baru. Makanan berkuah seperti laksa nyonya pun ada.

Biasalah ada makanan tepati selera ada tidak.

Dekorasi Raya Dengan Kain Bercorak Timbul



Hari ini pula ada jamuan raya taman perumahan  yang dibuat dibuat di padang, kawasan berbuka. Julung-julung kali dibuat untuk saling kenal-mengenali. Pakai sticker tulis nama lekat padabaju. Macam pakai 'name tag'. Cakap terus-terang saya tidak kenal semua. Hehe teruk kan? Tapi ada yang kenal saya tanya mengapa saya tidak jalan laju waktu petang lagi. Uiks dia kenal saya. Saya bagitahu cuaca panas sangat petang sebab kadang-kadang saya macam bingung lepas jalan laju. Segan hendak tanya balik dia duduk mana. Balik rumah tanya emak, doktor itu (yang tanya) duduk mana. Mak beritahu rumah yang mana. Patutlah tahu sebab saya selalu lalu tepi rumahnya. Sebenarnya saya suka rumahnya sebab laman tepi besar, ada pergola, pokok bunga dalam pasu tersusun dan bersih Selalu berangan hendak rumah seperti puan itu. Apapun gembira dia cam saya walaupun saya jalan laju pakai pelitup muka. Ada sebuah rumah saya suka juga rumah putih 2 tingkat moden guna papan temu kasih. Selalu saya terkesima perhati. Ini saya suka dapurnya terbuka ke luar. Macam rumah cara Barat, dapur terbuka ke kawasan luar. Kira boleh makan di luar. Buat hiburan tetamu datang dan ambil angin luar.
Ini tuan rumah tidak jumpa lagi. Harap dia cam saya. Boleh kenal-kenal nanti. 

Eh melalut ke cerita lain. Pasal makanan. Di sini dihidangkan nasi beriani, ayam masak merah dan acar. Lain-lain masing-masing bawa makanan dan minuman secara potluck. Emak bawa nasi impit. Banyak betul makanan sampai balik masing-masing tapau. Alhamdulillah rezeki.

Rekod masih tidak sentuh kopi lagi. Harap masih boleh bertahan. Esok kembali puasa. Tinggal 2 hari lagi.

Jumpa lagi.