Nuffnang

Thursday, June 23, 2022

Oiii, Darah Manis!

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Begitulah tajuk buku yang sangat menarik dan unik. Hasil antologi anekdot dan salah satunya kepunyaan Puan Amie's Little Kitchen. Ia bertajuk 'Seri Wajah Bakal Raja Sehari.' Untuk makluman buku ini berkenaan watak utama dan tunang menjaga adab perhubungan setelah bertunang agar selari dengan tuntutan agama supaya terpelihara hingga ke pelamin. Mesti ceritanya sangat comel dan manis! Awww :) Tidak sabar hendak baca.

Hadiah ini diterima kerana saya berjaya teka jumlah hari bercuti dengan tepat. Tengok tulisan tangan Puan Amie macam tulisan emak saya.

Buku Dengan Ucapan Daripada Puan Amie



Di sampling itu saya dapat T-shirt warna merah hati dengan tulisan Sabah Tea.

Buku Oiii, Darah Manis Dan T-Shirt Sabah Tea



Terima kasih daun keladi Puan Amie. Bungkusan selamat tiba ke tangan saya pada pukul 11 pagi lebih setelah saya buat 'pertanyaan' melalui emel Gdex petang semalam. Terus dapat jawapan hari ini hantar. Alhamdulillah.

Jumpa lagi.

P.S: Alamat penerbitan SYFE rupanya di Taman Tasik Utama. Ayer Keroh. Selalu jalan ke sini untuk ke kedai tomyam. Boleh skodeng tempat penerbitan ini.

Tuesday, June 21, 2022

Kacama Dan Ibunya

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali saya kenalkan  dak Kacama. Anak kucing yang lahir tahun lepas. Ibunya lahirkan 4 ekor tapi ia sahaja yang hidup. Mula-mula dak Kacama ini garang macam ibunya tapi lepas emaknya pergi bersuka-ria, mengandung dan beranak lagi, Kacama jadi jinak, manja minta saya belai, garu belakang badannya. Apabila ibunya datang balik, tugas membelai kembali pada ibunya. Untuk pengetahuan ibunya masih garang.

Lena Tidur Kacama Dan Ibunya



Ini gambar Kacama dan ibu tidur bersama-sama. Tidak nampak pula ekornya. Kacama berekor panjang. Nanti saya letak kemudian.

Tulis di sini sebagai kenangan.