Nuffnang

Friday, July 15, 2022

Raya Haji Yang Memberi Kesan Pada Jiwa

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Berjumpa lagi. Bagaimana raya haji korang? Bagi saya sambutan sangat senyap dan banyak buat refleksi diri. Banyak fikir apa sepatutnya dilakukan pada raya haji dan pembaikan yang patut dilakukan pada raya haji. Banyak makan daging lembu dan kambing. Rasanya berturut-turut dari raya pertama ke hari tasyrik makan daging. Puas makan. Ada lagi daging kambing bakar tidak makan lagi.

Laksa Pedas Singapura Mi Sedaap



Hehe sempat juga cuba Mi Sedap Laksa Pedas Singapura. Ada yang suruh buat penilaian. Bagi saya kecewa sedikit kuahnya tidak rasa seperti laksa. Ia lebih rasa kuah mi kari. Kurang rasa bunga kantan dan masam. Tidak pedas sangat. Tidak teruja untuk cuba lagi tapi kalau saya buat lagi, saya akan cuba tingkatkan rasa kuahnya dengan tambah bunga kantan dan tambah limau kasturi. Kita tengok hasilnya nanti. Mungkin tingkatkan rasa pedas juga.

Kesimpulannya raya haji ini banyak beri kesan pada jiwa. Tidak boleh perincikan perjalanan jiwa. Syahdu sedikit.

Sekadar renungan:
Surah Al-Mujadalah ayat 12

Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu hendak menghadap untuk bertanyakan sesuatu kepada Rasulullah SAW, hendaklah kamu bersedekah (kepada orang miskin) sebelum menghadapnya. Yang demikian itu lebih baik bagimu dan lebih bersih. Tetapi jika kamu tidak ada apa-apa untuk disedekahkan maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, Mahal Penyayang.
 

Monday, July 4, 2022

Terima Sampel Daripada Sproutme

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tiada perkhabaran, tiba-tiba ada orang bunyikan hon depan rumah. Terima bungkusan. Tidak pasti siapa beri.

Rupanya pihak Sproutme yang beri sampel. Ada terima emel daripada pihak mereka 9 hari lalu tentang produk sampel yang ingin ditawarkan untuk dicuba. 

Sampel-Sampel Yang Dapat



Saya cuma minta 2 iaitu sampel cecair pencuci pinggan  Solve dan pelembut fabrik Royale. Tidak sangka dapat juga sampel Laksa Pedas Singapara Mi Sedaap. Sampelnya bukan satu bungkus tapi satu pek besar dengan 5 bungkus. Bukan sampel macam suruh makan puas-puas sahaja. Hehe.

Nanti hendak cuba semua. Kalau bagus boleh beli tapi Laksa Pedas Singapura ini tidak pasti ikut selera. Kalau pedas menyengat dan sedap hingga termimpi-mimpi boleh beli.

Untuk pengetahuan semua, pertama kali saya terima sampel daripada Sproutme. Sebelum ini Sproutme ada tawarkan makanan anjing jadi tiadalah hendak sampel tersebut. Lepas itu ada teh, saya mohon tapi macam tidak berjaya. Ini tidak sangka dapat. Alhamdulillah.