Nuffnang

Friday, August 5, 2022

Tukar Buku Baru

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Setelah seminggu melepasi bulan Muharram maka tamatlah buku atau jurnal tulisan saya yang bermula 3 Februari 2016 hinggalah ke hari ini iaitu 5 Ogos 2022.

Awal Muka Surat



Macam-macam tulis dalam ini. Ada strategi main kiub Rubik. Hehe saya berjaya selaras warna sama. Gigih tahu. Tapi sekarang berkarat balik sebab lama tidak buat tapi ada rujukan boleh cuba semula. Kiub Rubik pun sudah tiada.

Pengakhiran Pada Penghujung Muka Surat 


Buku baru. Alhamdulillah masih semangat menulis walaupun bukan setiap hari.

Buku Atau Jurnal Baru!


Ia akan dijadikan rujukan dan panduan akan datang. 

Padang Jarak Padang Terkukur


Eristiwa lain pula. Makchek hantar gambar di atas semalam. Tiada yang kekal abadi. Secara rasminya, rumah Uwan di Tampin dipecahkan sebahagian rumah kecuali dapur. Rumah kampung ialah rumah kayu sudah dimakan anai-anai. Buat baru.

Kalau siap mungkin saya akan letak pada blog. Insya Allah.

Selamat tinggal yang lalu dan selamat datang yang baru.

P.S: Siapa yang panda I main kiub Rubik?


Friday, July 29, 2022

Karung Yang Sentiasa Menjadi Perhatian

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hujan lebat tadi apabila selesai beli barang di Mydin Mall MITC. Bungkusan di bawah sentiasa akan menarik perhatian orang tertentu. Mungkin besar seberat 7 kg. Senang beli sekali tidak payah berulang-ulang tiap-tiap bulan beli.

Karung 7 Kg Ikan Tuna Segar Powercat



Begitulah tadi ada makcik terhenti depan troli ketika saya duduk di bangku ambil nafas dan memulakan perbualan kata dia beli makanan kucing jenis yang saya beli dan ia tidak mahu makan. Apabila nasi digaulkan dengan ikan baru makan.

"Kucing saya taknak makan nasi. Kucing saya kucing biasa saja macam dalam gambar", saya membalas. 

"Kucing makcik kucing biasa juga."

Anaknya dah sibuk tarik tangan untuk teruskan jalan. Haha kasihan. Makcik itu macam hendak borak lagi dengan saya.

Sebelum itu iaitu 2 bulan lepas, sama juga ada orang tegur saya. Lelaki itu kata rugi bagi makanan kucing kering yang mahal kepada kucing biasa. Dia suruh beli ikan murah. Masalahnya saya malas hendak rebus hari-hari. Saya diam sahaja dengar pendapatnya.  Bagi saya asal kucing saya makan, alhamdulillah. Ada juga kadang-kadang bagi lain daripada makanan kucing yang selalu beli.

Ada juga rasa hendak cuba produk jenama lain atau makanan kucing yang basah. Tukar selera untuk kuving. Tengoklah bagaimana. Teragak-agak. Tadi ingat hendak cari yang bungkusan hijau jenama sama, tiada pula.

Korang bagi kucing makanan apa atau jenama apa ya? Sila kongsi. Terima kasih.