بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Setelah berbolak-balik hendak pergi atau tidak maka akhirnya....
Kemas pakaian. Semoga dipermudahkan. Banyak tempat hendak singgah. Ikutkan hendak singgah rumah adik bongsu dahulu di Rawang (ada gambar Maryam pada pos sebelumnya) tapi adik sekeluarga kena Covid.
Maka kami akan terus ke Jeli setelah singgah Tampin ambil Chikya dan suami tapi ada singgah rehat nanti. Jangka balik semula hari Sabtu.
Harap rancangan berjalan lancar. Insya Allah. Amin.
Jumpa lagi. Mungkin tidak dapat melawat blog korang semasa musafir nanti.