Nuffnang

Saturday, November 5, 2022

Terima Hadiah Telekung Berbunga Kecil Warna Gandaria

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Syukur kepada Allah diberi nafas dan peluang menulis lagi. Alhamdulillah juga saya terima hadiah sebagai tukang komen utama bulan Oktober semalam. Cepat juga terima nombor rekod parcel J&T pada hari Khamis daripada Puan Fieza Sani (www.fiezasani.xyz). Mungkin sebab bukan PKP lagi.

Alhamdulillah terima hadiah telekung berbunga tanah putih tapi kain dan hujung telekung warna gandaria. Bertambah koleksi dan insya Allah akan digunakan dengan sebaik-baiknya.

Telekung Berbunga Kecil Warna Gandaria



Terima kasih Puan Fieza Sani. Asal-asal saya singgah sekali-sekala ke blognya untuk cari maklumat. Mula-mula baca, tinggalkan komen sekali-sekala. Cuma bulan lepas rajin komen. Banyak maklumat tentang kecantikan, tempat makan, tempat dilawati dan kisah-kisah seharian yang dilalui. Seronok baca. Semoga ukhuwah di dalam dunia siber berterusan.

P.S: Untuk makluman warna gandaria ialah warna ungu muda. Terima kasih pada pos tulisan Azhafizah (https://www.azhafizah.com/2022/11/nama-nama-warna-dalam-bahasa-melayu.html) yang kenalkan nama-nama warna dalam Bahasa Melayu klasik. Saya rujuk pada posnya untuk sebutan/tulisan setiap warna.


Friday, November 4, 2022

Doa Yang Komprehensif

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya suka tentang topik doa. Doa ialah senjata orang Mukmin.

Berdoa perlukan adab dan cara. Sebelum berdoa, kita beristighfar, memuji Allah dengan bersungguh-sungguh. Kemudian doa yang dipinta mestilah disusun perkataan seperti contoh Nabi Isa alaihissalam berdoa seperti pada ayat 114 surah Al-Ma'idah juzuk ke-7 maksudnya:

Isa putera Maryam berdoa: "Wahai Allah Tuhan Kami, turunkanlah kepada kami suatu hidangan dari langit (yang hari turunnya) akan menjadi hari raya bagi kami, iaitu bagi orang yang bersama kami dan yang datang sesudah kami dan menjadi tanda pada kekuasaan Kamu; berikanlah kami rezeki, dan Kamulah sebaik-baik pemberi rezeki." 

Doa diminta mestilah jelaskan apa yang diinginkan, objektif/tujuan permintaan, penutup dengan pujian Allah dengan nama asmaul husna yang sesuai dengan permintaan.

Permohonan Nabi Isa --> suatu hidangan dari langit, berikan rezeki

Objektif--> menjadi hari raya dan menambah keimanan pengikut Nabi Isa alaihissalam dan selepasnya dengan menunjuk kebesaran Allah melalui mukjizat Nabi Isa alaihissalam.

Nama asmaul husna--> hairul raziqin (sebaik-baik pemberi rezeki)

Jadi kalau kita berdoa katakan ingin kaya, murah rezeki. Nyatakan objektif/tujuan yang mulia yang dekatkan diri pada Allah contoh supaya boleh bersedekah, bantu ibubapa menunaikan haji/diri sendiri tunai haji, melangsaikan hutang-piutang/ tidak berhutang dengan orang, sentiasa bersyukur dekat pada Allah. Penutupnya boleh memuji Allah Maha Pemurah dan Maha Kaya.

Apapun kita boleh juga gunakan doa Rasul dan orang soleh seperti doa Nabi Zakaria alahissalam, Nabi Musa alahissalam dan Nabi Muhammad Sollahualaihiwassalam.

Wallahua'lam. Boleh tambah apa yang kurang atau silap dalam komen ya. Terima kasih.