بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Semalam (Ahad, 6 November) kami menghadiri majlis resepsi sebelah lelaki kenalan abah dan emak ketika ke Maghribi/Sepanyol baru-baru ini. Nama bangunannya memang unik iaitu d'Tempat Country Club, Bandar Sri Sendayan. Tempatnya besar dan eksklusif. Banyak bahagian boleh buat acara khas dan terdapat fasiliti seperti kolam renang dan padang golf, spa, tempat makan. Maaf gambar tempat tiada sebab terus masuk dewan Halia dan Serai.
Salam tuan rumah terus diberi cenderahati. Terus ke tempat buffet tengok ada 2 jenis nasi. Nasi putih dan nasi minyak dengan lauk. Saya ternampak lauk masak lemak terus ambil nasi putih sahaja. Ada masak lemak ayam, masak lemak cendawan telinga kerana, masak lemak tempoyak lauk kayu dan petai, dendeng daging, ulam timun, sambal belacan dan sambal belacan. Ini yang saya ambil. Lain seperti ayam masak merah dan paceri (kalau tidak silap sebab tidak belek-belek) saya tidak ambil.
|
Pinggan Saya |
Semua sedap, berasa tapi tidaklah pedas sangat lauknya. Dendeng daging itu ada bahagian liat. Biasalah. Apapun persekitaran makan memang selera. Dalam ini air sejuk sahaja (sirap ais dan air sejuk) dan air biasa. Saya cuma minum air biasa.
Kemudian keluar ke tempat pencuci mulut. Sini saya makan cendol songkok tinggi, apam balik nipis dari Paroi. Ada kuih-muih seperti kaswi, tapai, cucur badak. Air panas pula kopi o dan teh tarik<--- Ini semua saya tidak makan dan minum.
Balik buka beg kertas cenderahati ada 2 kotak. Kek coklat dan kuih bakar. Pertama kali dapat kuih bakar.
|
Kuih Bakar |
Bertolak keluar dari tempat ini tepat-tepat pukul 1 tengahari.
P.S: Seronok makan makanan kenduri.