Nuffnang

Thursday, April 27, 2023

Raya 1 22 April: Tampin N9, Kampung Sungai Penchala KL Dan AU3/Ampang Selangor

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Selamat Hari Raya! Rasanya tahun ini ramai yang beria-ia raya. Pergi setiap rumah ramai orang datang. Itu yang saya rasa.

Raya pertama pagi itu ada tragedi. Kereta adik no 3 tidak dapat dihidupkan! Bateri kereta lemah. Terpaksalah abah dan emak yang tidur di Tampin balik sekejap ke Melaka untuk buat cas kereta daripada kereta. Pukul 11 lebih baru kereta hidup. Alhamdulillah. Kebetulan saya ikut naik kenderaan adik no 3 fikirkan misteri kereta tidak hidup.

Rumah Uwan tidak siap lagi maka beraya di Desa Permai. Masa itu sudah ramai orang datang beraya. Kami segera makan soto atau lontong atau lemang. Kemudian beraya 1 rumah dahulu. Pukul 1 tengahari bertolak ke KLIA 2 untuk ambil adik ipar no 2. Seterusnya ke Kampung Sungai Penchala. Alhamdulillah trafik berjalan lancar.

Kereta Berjalan Lancar


Jalan sini bersimpang-siur. Setahun sekali balik mesti ada perubahan. Ketika ini di Exit 106.

Exit 106 Persimpangan Damansara



Ke rumah Mak Uda. Ramai betul orang. Cepat-cepat makan. Nasi impit dengan sambal sotong sahaja dapat jamah. Memandangkan Makcik Minah tiada dan rumah arwah datuk tidak buka, saya solat di Masjid Al- Hidayah. Dekat sahaja  Lalu lorong kecil setentang rumah Mak Uda.

Masjid lengang dan bergelap sahaja. Tenang di dalam

Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala



Balik semula ke rumah Mak Uda. Tidak surut orang. Bertambah-tambah orang berziarah. Cari abah. Nampak abah dan emak. Terus ke rumah Pak Busu belakang rumah Mak Uda dan sebelah rumah arwah datuk. Adik-adik dengan keluarga masih belum selesai (datang tidak sama waktu)

Di sinipun sibuk tidak cukup tangan Pak Busu dan Mak Busu. Salam sahaja terus hilang tuan rumah sebab layan tetamu lain. Kami layan diri makan laksa Melaka. Gembira sebab jarang dapat. Kongsi makan dengan mak dan abah dalam satu mangkuk. Tengok makin ramai datang maka terus ke rumah Mak Teh pula belakang rumah Pak Busu. Sini tidak makan berat. Makan sedikit kek buah.

Di sini baru sempat ambil gambar keluarga. Mak, Abah, saya, keluarga adik-adik no 2,3 dan 4. Alhamdulillah tahun ini semua ada berbanding tahun lepas adik no 2 sekeluarga tiada.

Khas raya tepek gambar sendiri dan keluarga dalam blog.

Gambar Sekeluarga Sulaiman Harun



Salam Mak Teh dan Pak Teh kami tinggalkan Sungai Penchala ke AU3 Keramat rumah Pak Long dan akhir sekali ke Estana Court pangsapuri Pakcik Udin, Ampang. Masa ini rasa penat sangat. Raya untuk rumah terakhir memang hampir ke Maghrib. Lepas itu masuk lebuhraya untuk balik. Singgah solat di R&R (lupa R&R) Adik no 2 pula akan balik ke Kelantan. Jadi kami yang balik ke Melaka. Apapun trafik berjalan lancar dan sampai pukul 9 lebih.

 Sakit perut dan cirit-birit. Tidak tidur lena. Perut terkejut. Habis aoa yang dipantang makan atau minum. Terminum kopi dan terpaksa minum air gas sebab makan hidangan raya kena minum. Apapun alhamdulillah sebab kena di rumah sendiri. Ulang-alik ke tandas tidak menyusahkan orang lain untuk guna.

Raya ke-2 pun sibuk juga. Awal pagi dah keluar semula. Kali ini habiskan rumah-rumah di Tampin.



Friday, April 21, 2023

Sabtu Raya! 22 April 2023

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Penantian berakhir apabila pengumuman Majlis Raja-Raja pukul 8 mengatakan raya hari Sabtu. Hehe dalam hati memang kuat kata hari Sabtu sebab tahun lepas sudah puasa 29 hari tapi kita tidak tahu. Haha adik no. 3 rasa lega sebab kalau raya Jumaat, dia kena ganti sehari sebab dia mula puasa Jumaat di sana. Adik no. 2 harap Jumaat sebab tidak perlu ganti puasa. Adik ipar pula di perantauan pula balik hari Sabtu kalau raya Jumaat, kasihan dia tengok kami bersukaria.

Raya pertama kami akan ke Tampin sekejap dan kemudian raya di KL. Haha harap tidak sibuk jalan.

Apapun harinya raya tetap raya. Selamat hari raya semua! Maaf zahir dan batin.