بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Memang sebulan sekali waktu solat Jumaat, saya akan ke Mydin MITC untuk beli barang keperluan sendiri. Selalu malas tapi itulah ada barang penjagaan diri atau beli makanan yang teringin untuk makan.
Sebelum itu pergi Mr. DIY. Cari kain gentian mikro. Jumpa bahagian aksesori kereta. Boleh buat bersih kereta tapi saya cari untuk bersihkan cermin spek mata. Beli 2. Tapi sedar tidak sama drngan kain yang selalu kita dapat kalau buat cermin mata. Tapi tengok pada brosur boleh guna untuk cermin mata. Nampaknya kena cari. Dahulu ada jumpa di Mr. DIY masa tahun 2021 secara tidak sengaja. Masa itu cari tali skipping pengaruh Puan Nur daripda blog kaitdanlari.blogspot.com sebelum PKP penuh. Beli tali skipping sahaja konon lepas itu baru beli sebab ada belum ada peruntukan. Sekali tidak boleh keluar rumah lama. Lepas buka sekatan pergerakan, pergi balik tidak jumpa. Apapun akan cari balik. Pasal tali skipping itu, beli tapi tidak pakai. Minggu lepas anak buah sibuk hendak pakai. Terpaksa tunjuk dan teknik cara guna. Eh! Saya boleh lompat. Haha.
Lepas pergi Mr. DIY baru masuk Mydin. Beli mi segera Vit's teringat Dana pernah cerita, roti Gardenia gandum penuh dan sardin Adabi. Ada serbuk koko Van Hauten serta pencuci pakaian (3 jenis 3 jenama untuk fungsi berbeza)
Ingat hendak makan ini esok. Mula-mula gembira sebab ingat seorang jaga rumah seorang tidak ikut mak dan abah ke Damansara sebab adik hendak pergi kenduri aqiqah adik iparnya. Sekali kena jaga Ayaana, anak buah kena demam campak. Haha. Dah cakap dia tidur seorang di bawah dan saya tidur di atas. Sebelum itu dia bising yang kena demam campak si Azim (adik dia) tidak tidur seorang di bilik.
Kita tengok Ayaana ini berani ke tidak tidur seorang. Macam saya memang suka tidur seorang tidak mahu diganggu.