بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
1 Oktober, Ahad bergerak keluar pukul 11 pagi lebih dari Sri Damansara ke Pusat Komuniti Tmn. Tun Dr. Ismail. Sampai dalam pukul 11:30 pagi. Tidak ramai orang tapi pengantin sudah berada di pelamin bergambar. Kami terus ke bufet makan dan tengok makanan lain. Ada kuih-muih (maaf ini selalu memang tidak selalu dipilih), aiskrim.
Pusingan pertama makan nasi beriani dan laksa Melaka. Susah jumpa laksa Melaka. Selalu keluarga Abah yang buat terutama Makcik Masitah atau Mak Busu. Ambil teh tarik juga.
Pusingan ke-2 ambil char kuetiau basah. Sebelahnya ada gerai apam balik nipis itu tapi saya tidak ambil.
Lepas itu orang sudah ramai datang jadi bangun beri orang lain duduk. Sementara saya pusing sekitar dewan untuk ambil gambar.
Sebelah kanan dewan ini ada perpustakaan tapi tidak ambil gambar pula. Adik-adik saya yang datang kemudian mula-mula makan lepas itu mereka pergi ke sana dengan anak-anak buah. Saya masih di dewan. Kadang-kadang duduk sebelah Mak Uda, kadang-kadang berdiri tengok saudara-mara jauh yang kenal gitu-gitu dan jiran-jiran di Kampung Sg. Penchala. Senyum dan salam.
Pukul 2 petang lebih baru minta diri. Rasa penat jumpa ramai orang. Macam saya seorang introvert yang bergaul dan bersalam.
Apapun saya hargai dan nikmati keadaan ini. Ini ada majlis perkahwinan anak lelaki kepada sepupu (Kak Ani). Kak Ani anak kepada Mak Uda (kakak kepada Abah).
Saya dapat buah tangan kek coklat ada taburan badam.
Balik baru dapat tangkap papan tanda menuju ke Pusat Komuniti Tmn. Tun Dr. Ismail.
Trafik lancar. Sampai rumah di Melaka pukul 4 petang lebih.