بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sedar-sedar sudah masuk bulan November.
Mak Lang ajak ke kenduri tahlil pada 10 Oktober iaitu 10.10. Memandangkan hari Selasa bukan waktu cui umum maka tidak ramai saudara-mara datang tapi jiran-jiran Mak Lang di Jelai ramai menghadirkan diri.
Kenduri bermula pukul 2 petang tapi pukul 2:30 petang baru bermula.
Uwan bertudung coklat. Waktu ini belum ramai orang.
Tempat letak buku Yasin dan air untuk dibaca. Menjelang pukul 2:20 petang sudah ramai orang yang duduk di dalam. Jadi ada yang terpaksa duduk di luar dekat tempat makan bufet.
Pukul 3 tamat dan jamuan bermula. Saya makan di beranda duduk bersila sambil menikmati cahaya matahari dan sesekali angin bertiup.
Saya mula-mula ambil bihun soto.
Spageti goreng.
Pulut bersama sambal. Ini paling sedap. Pulut secukup lemak dan lembut. Sambal yang tidak terlalu masin dan pedas.
Sup cendawan.
Ada juga kuih-muih. Ingat hendak ambil koci apabila sudah makan semua di atas tapi koci sudah habis. Ada kuih lain macam popia sira, kuih keria tapi tidak ambil.
Air pula saya cuma minum air yang diletakkan untuk bacaan Yasin. Tidak berani minum air sejuk atau cendol waktu panas terik.
Hampir Asar kami minta diri daripada Mak Lang untuk pulang.