Nuffnang

Friday, November 3, 2023

1010: Kenduri Tahlil

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sedar-sedar sudah masuk bulan November.

Mak Lang ajak ke kenduri tahlil pada 10 Oktober iaitu 10.10. Memandangkan hari Selasa bukan waktu cui umum maka tidak ramai saudara-mara datang tapi jiran-jiran Mak Lang di Jelai ramai menghadirkan diri.

Kenduri bermula pukul 2 petang tapi pukul 2:30 petang baru bermula.

Uwan Di Tengah Bertudung Coklat



Uwan bertudung coklat. Waktu ini belum ramai orang. 

Tempat Letak Buku Yasin Dan Air Kosong



Tempat letak buku Yasin dan air untuk dibaca. Menjelang pukul 2:20 petang sudah ramai orang yang duduk di dalam. Jadi ada yang terpaksa duduk di luar dekat tempat makan bufet.

Tempat Bufet Di Beranda Rumah



Pukul 3 tamat dan jamuan bermula. Saya makan di beranda duduk bersila sambil menikmati cahaya matahari dan sesekali angin bertiup.

Saya mula-mula ambil bihun soto.

Bihun Soto. Tidak Nampak Bergedil Pula Padahal Ada Ambil




Spageti goreng.

Spageti Goreng. Auliya Punya Asalnya Tapi Dia Tidak Tahan Pedas



Pulut bersama sambal. Ini paling sedap. Pulut secukup lemak dan lembut. Sambal yang tidak terlalu masin dan pedas.

Pulut Bersama Sambal



Sup cendawan. 

Sup Cendawan



Ada juga kuih-muih. Ingat hendak ambil koci apabila sudah makan semua di atas tapi koci sudah habis. Ada kuih lain macam popia sira, kuih keria tapi tidak ambil.

Air pula saya cuma minum air yang diletakkan untuk bacaan Yasin. Tidak berani minum air sejuk atau cendol waktu panas terik.

Hampir Asar kami minta diri daripada Mak Lang untuk pulang.


Saturday, October 21, 2023

Buah Tangan Dari Tanah Suci

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Sabtu 7 Oktober, Makchek ajak ke rumahnya lepas Asar untuk sambutan harijadi cucunya Aniq yang mencecah setahun. Gembira sebab dapat makanan sedap.

Sebelam itu singgah di rumah Uwan. Chik Ya dan Mok hendak jumpa Emak dahulu.

Rupa-rupanya mereka hendak beri buah tangan dari Tanah Suci. Saya pernah tulis pasal ini. Boleh klik SINI.

Banyak juga buah tangan yang diberi. Ada coklat, kurma pelbagai jenis, sejadah, jubah dan minyak kasturi.

Minyak Kasturi


Tidak sangka saya dapat sehelai jubah berwara biru keunguan. Hehe gembira. Memang muat betul. Asalnya ingat tiada khas untuk saya maka saya minta daripada Emak minyak kasturi. Memang teringin untuk pakai. Ada niat untuk beli asyik tangguh jadi sekarang dapat secara percuma. 

Jubah Dari Tanah Suci




Alhamdulillah.