Nuffnang

Wednesday, January 3, 2024

Terima Hadiah Sebagai Tukang Komen Teratas Di Blog KaitDanLari

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah pembukaan tahun 2024 dalam dunia blog, saya dinobatkan sebagai antara senarai tukang komen teratas 2023. 

Hadiah Berbungkus Plastik



Terus buka bungkusan kertas minyak. Kemudian ada kertas manjung warna putih. Lepas itu barulah ada plastik yang membungkus sehelai selimut yang dikait yang boleh dibuat sebagai selimut, alat meja atas alas sofa. Rasanya saya akan guna pada kerusi atau alas kepala untuk tinggikan kepala ketika tidur.

Selain itu dapat seketul magnet peti sejuk Masjid Terapung Pangkor dan kalendar Islam 2024/1445H-1446H. Tidak dilupakan nota daripada blogger Nur.

Selimut Berkait, Kalendar Islam 2024/1445H-1446H, Magnet Petisejuk Dan Nota Merah Jambu



Terima kasih. Saya akan gunakan srbaik-baiknya. Boleh singgah di blog ini-- kaitdanlari.blogspot.com

P.S: Dah buka plastik kalendar. Saya suka ada waktu solat Semenanjung. Terima kasih. 


Monday, January 1, 2024

Akhir Tahun

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hujung tahun semua adik-beradik berkumpul di rumah. Adik nombor 3 baru balik ke Malaysia. Kemudian datang secara mengejut adik bongsu.

Kami pergi mengejut ke Hotel Bayview . Asal hendak makan di kedai Salai Tempurung. Tengah perjalanan, adik perempuan telefon Abah kata boleh datang terus ke Hotel Bayview. Pukul 1 tengahari sampai. Lewat. Pertama kali solat di surau sana. Suraunya terletak di tempat yang sunyi sepi. Jenis penakut memang minta teman. Saya redah sahaja. Nantilah saya letak gambar.

Mula Ambil Tempat Satu Meja Dengan Emak Dan Abah


Duduk Berdua Dengan Adiva  (Anak Buah)

Cuba Yang Baru: Daging Itik Dengan Sos Plum, Kentang Mentaga Dan Pai Dengan Daging Cincang



Haha sunyi sepi tiada bunyi mercun (ke tidak sedar) Tidur awal. Terbangun pukul 2 pagi. Terus tidak dapat tidur. Dalam hati suruh solat sunat.

Baru cakap sunyi terdengar bunyi mercun.

Jumpa lagi.

P.S: Saya suka Januari. Bulan kelahiran.