Nuffnang

Sunday, January 14, 2024

Mencuba Harmony Health Black Garlic

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Azam tahun baru. Jaga kesihatan. Kalau orang lain lebih banyak buat aktiviti fizikal, saya pula lebih kepada pemakanan. Lebih khusus makanan kesihatan.

Suka cuba produk yang baru dan belum pernah cuba. Semalam dapat barang daripada Ninjavan. Beli 5 tin. Dapatlah harga RM350 untuk 5 tin. Ya makanan kesihatan tidak murah tapi terpulang cara masing-masing. Ada orang lain lebih banyak berbelanja kepada pergi makan luar yang sedap-sedap , ada suka beli beg, kasutkan? Ada orang suka berbelanja untuk melancong.

Harmony Health Black Garlic



Teruja buka. Hari ini baru makan satu labu. Oh!Ya, bawang hitam (asal daripada bawang putih yang melalui proses penapaian) diberi satu labu yang comel. Saiz kecil bukan biasa kita beli bawang putih yang saiz besar.

Saiz 1 Labu Bawang Hitam



Ada bau bawang putih tapi rasa manis masam. Tiada rasa pedar dan pedas bawang putih. Haha saya tiada masalahpun makan bawang putih mentah tapi bertungkus-lumuslah untuk lawan bau tengik dan pedas itu.

Isi Dalam Warna Hitam


Reaksi saya masa ambil sebiji untuk di makan. Senang hendak kupas kulitnya.

Sudah berusia risau dengan penyakit 3 serangkai dan sakit-sakit badan, sakit kaki. Tinggi antioksida. Jadi ikhtiar makan ini. Semoga dapat beribadah dengan baik. Bulan puasa hendak dekat. Terawih dan solat malam kena buat. Insya Allah.

Saya kira botol pertama ada 21 labu. Andaian setiap botol ada kuantiti yang sama. Makan sebiji sehari bersama air biasa sebelum sarapan. Jadi 21×5= 105 hari.

Mari kita tengok hasilnya.

P.S: Selain itu makan minyak zaitun dan minyak Tocotrienols. Sebelum itu makan minyak ikan dan minyak sacha inchi.


Thursday, January 11, 2024

Pemberian: Cookie Time Apricot Chocolate

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sebelum balik ke Malaysia, adik ipar perempuan ada tanya sesiapa hendak biskut Krismas. Saya cakaplah hendak perisa aprikot coklat. Adik perempuan minta sampai 4 jenis biskut.

Lepas itu lupa sampailah adik lelaki dan adik ipar perempuan balik. Kemudian mereka letak 5 bekas atas meja makan. Salah satunya saya punya. Itupun lupa minta perisa apa sebab pesanpun sebelum bulan 12.

Bekas yang cantik. Warna dominan ialah merah. 

Bahagian depan.

Christmas Cookies 2023



Bahagian atas.

Cookie Time Apricot Chocolate



Biskutnya dibungkus dalam plastik.

Isi Dalan



Saiz biskut bersaiz lebih kurang duit syiling 50 sen.

Kena Makan Lepas Itu☺



Biskutnya bukan rangup tapi kenyal. Rasanya sedap tidak terlalu manis sangat. Dominan rasa masam. Cuma tiada rasa kemewahan/pahit coklat.

Ini saya terus bawa ke bilik. Maaflah tidak kongsi. Anak-anak buah saya dapat sampai 4 bekas. Saya makan berpada-pada. Paling tinggi 3 keping. Bukan hari-hari makan. Masih ada lagi. Nasib baik bekasnya kedap udara.