بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Sedar tidak sedar sudah 24 Ramadhan.
Tahun ini Ramadhan disambut berbeza daripada tahun lepas. Tahun ini solat di Masjid Abu Bakar, UTEM berbanding solat di Masjid Al-Alami MITC.
Terus-terang lagi suka solat di UTEM sebab tengok mereka yang solat di sini memang rapatkan saf. Kalau jarang di sebelah kiri, orang di kiri akan rapat ke kanan. Kalau jarang di kanan, orang di kanan akan suruh kita rapat ke kanan. Mereka tidak kisah dihimpit rapat. Ada rasa beza kalau solat tidak berapa rapat dan rapat betul. Jadi saya tiada rasa risau sangat pasal hal ini. Faktor juga untuk rasa seronok berjemaah di masjid. Sejadahpun tiada yang guna besar yang guna seorang. Kongsi melintangkan sejadah. Alhamdulillah. Lagipun sini ramai pelajar-pelajar jadi semangat berbeza. Kita yang dah tua sedikit rasa semangat juga. Hehe.
Harap dapat bertemu lailatulqadar.
Jumpa lagi.
P.S: Tahun inipun rayapun akan berbeza daripada tahun lepas. Fikir positif sahajalah. Ada hikmah di sebaliknya.