Nuffnang

Tuesday, December 16, 2025

Kulit Labu Boleh Makan

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Pertama kali masak labu. Pertama kali juga masak labu dengan kulitnya.

Rebus labu dan kulitnya. Apabila isi labu lembut baru masak lemak labu. Tanpa daun kunyit sebab daun kunyit dah kuning ditanam.

Labu Masak Lemak (Tinggal Sedikit Ambil Gambar Waktu Malam)



Emak makan dahulu nasi maka tanya emak keras ke kulit labu. Mak kata lembut sahaja.

Sebelum ini Emak masak labu tanpa kulit tapi Emak terbaca labu boleh dimakan dengan kulitnya.

Selain itu lobak merah, kentangpun tidak payah buang kulit. Kalau saya masak untuk diri, kulit lobak merah memang tidak buangpun. Kalau kentang pula, tengok keadaan.


Monday, December 15, 2025

Misteri Kehilangan Bunga Telur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Macam kisah penyiasatan pula. Alkisah semalam pergi kenduri kahwin di Umbai dapatlah bunga telur dan kotak 4 segi berisi mangkuk seramik.

Dalam kereta hati saya sudah terdetik ini tidak tercicir ke bunga telur selit pada kotak 4 segi? Lagilah saya dah buka kotak untuk tengok isi dalam buatkan lagi longgar untuk selitan bunga telur.

Misteri Bunga Telur Yang Hilang



Sampai depan rumah, saya kena turun buka pagar rumah dan pintu rumah sambil bawa cenderamata bunga telur tersebut.

Berderau apabila masuk rumah cuma kotak sahaja yang ada. Ah! Sudah. Kena keluar rumah cari mana cicirnya bunga telur. Tengok tempat laluan. Tiada bayang langsung. Tiba-tiba sangka buruk pada kucing yang mengiau pada saya ketika buka pagar. Kasihan kucing jiran kena tuduh. 

Memang rasa misteri cari keliling tidak jumpa, cari dalam keretapun tiada. Rasa pelik. Akhirnya saya putuskan bunga telur itu cicir di luar kereta ketika masuk dalam kereta di majlis tersebut. Lepas itu saya terfikir eh saya belek bunga telur dan mangkuk seramik dalam kereta.

Fikiran itu berlegar tentang di mana kedudukan bunga telur tersebut. Akhirnya terjawab apabila Abah balik dari surau selepas Asar membawa bunga telur. Ia tercicir di bawah poket bawah pintu kereta penumpang. Entah tidak nampak apabila cari semalam. Apapun syukur telur itu dijumpai hari ini bukannya sebulan kemudian! 


P.S: Ada baca doa dapatkan barang yang hilang.