Nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Kehilangan Yang Dirindui


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...



Pejam celik kita dah berada pada penghujung tahun 2011. Alhamdulillah tahun ini kesihatan saya secara keseluruhannya baik. Paling saya hargai, saya mempunyai masa lapang yang banyak. Jadi tahun ini tahun berehat. Apapun saya kena gunakan dan menghayati waktu sekarang dengan sebaik-baiknya sebelum diuji dengan sakit dan waktu sibuk.


Apapun sejak akhir-akhir ini pula saya kehilangan keghairahan untuk menulis hari-hari untuk blog. Sejak CPU ada masalah. Menulis daripada tablet tak dapat mengembalikan rasa seperti rasa ketika menggunakan komputer. Setelah hilang, betapa saya rindukan keadaan dahulu: sentiasa berhubung dengan alam maya.


Kehilangan yang menyebabkan saya menangis dan saya berdoa moga Allah kembalikan semula kesihatan CPU saya. Memang rasa macam orang putus cinta dengan CPU. Keadaan tak sama sekarang.


Maaf tablet, cintaku masih lagi pada CPUku. Hanya dia diingatanku. Tablet, kau memang baik memberi aku peluang untuk meluahkan isi hatiku pada blog tapi keghairahan untuk menulis tidak sehebat ketika aku dengan CPUku.


Apapun ada hikmah pada setiap keadaan dan saya akan cuba menghargai apa yang ada dengan cuba menggunakan sebaik mungkin.


CPU, engkau dalam ingatan dan usaha untuk mengembalikan kesihatanmu semula tidak akan terhenti di sini.


Wednesday, December 28, 2011

Berbuat Baik


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...



Ketika asyik makan durian hutan di rumah Uncle Mamat, sambil-sambil baca buku La Tahzan, saya tertarik dengan ayat-ayat:


"Berbuat baik kepada sesama insan akan menimbulkan perasaan gembira dan dapat melegakan hati, membawa barakah, mendapat pahala dan menimbulkan ketenangan. Termasuk akhlak seorang mukmin adalah tidak mempedulikan kritikan yang tidak berdasarkan kebenaran dan menyakitkan kerana seseorang mukmin memang tidak mungkin lepas dari cacian dan makian."


Dipetik daripada perenggan akhir mukasurat 268 buku 2


Kalau rasa susah hati dan sedih, banyak-banyakkanlah berbuat baik. Moga dengan asbab itu Allah hilangkan kesusahan dan kesedihan  serta memberikan kegembiraan.