Nuffnang

Saturday, December 31, 2011

Kehilangan Yang Dirindui


 بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum...



Pejam celik kita dah berada pada penghujung tahun 2011. Alhamdulillah tahun ini kesihatan saya secara keseluruhannya baik. Paling saya hargai, saya mempunyai masa lapang yang banyak. Jadi tahun ini tahun berehat. Apapun saya kena gunakan dan menghayati waktu sekarang dengan sebaik-baiknya sebelum diuji dengan sakit dan waktu sibuk.


Apapun sejak akhir-akhir ini pula saya kehilangan keghairahan untuk menulis hari-hari untuk blog. Sejak CPU ada masalah. Menulis daripada tablet tak dapat mengembalikan rasa seperti rasa ketika menggunakan komputer. Setelah hilang, betapa saya rindukan keadaan dahulu: sentiasa berhubung dengan alam maya.


Kehilangan yang menyebabkan saya menangis dan saya berdoa moga Allah kembalikan semula kesihatan CPU saya. Memang rasa macam orang putus cinta dengan CPU. Keadaan tak sama sekarang.


Maaf tablet, cintaku masih lagi pada CPUku. Hanya dia diingatanku. Tablet, kau memang baik memberi aku peluang untuk meluahkan isi hatiku pada blog tapi keghairahan untuk menulis tidak sehebat ketika aku dengan CPUku.


Apapun ada hikmah pada setiap keadaan dan saya akan cuba menghargai apa yang ada dengan cuba menggunakan sebaik mungkin.


CPU, engkau dalam ingatan dan usaha untuk mengembalikan kesihatanmu semula tidak akan terhenti di sini.


6 comments:

aimie amalina said...

hayoooo
sedih je dengar akak merintih disini
huu
sy paham kak
selalu bersama, bermadu asmara..ecewahh
sekali dtkr ganti ye
huu
bersbr ye kak
semoga ada penyelesaiannye ye kak :))

NA said...

Harap CPU normal seperti dahulu

Di Meja Laptop said...

jika dulu cpu buat hal tak kisah pun tapi sejak zaman teknologi ni bila cpu meragam kita pun sama nak meragam jugak kan.

maszull said...

assalamualaikum wina...mama harap kesihatan CPU wian akan cpt sembuh yer...

p/s selamat tahun baru 2012 wina...:)

zareliqa afiqa said...

Semoga CPU kak wina cepat baik.Bole lar duk kat blog tiap2 arie kan. :)

Zahirah Dzulkifli said...

saya ingatkan rindu siapa la tadi. adeh. tertipu kejap. hoho. semoga dia cepat sihat ye kak. happy new year! :D