Nuffnang

Tuesday, January 25, 2011

Kemaskini



Assalamualaikum...

Maaf lambat kemaskini, saya sebelum ini utamakan perkara-perkara lain dulu. Alhamdulillah, dapat juga buat perkara WAJIB tersebut. Nanti saya tulis kemudian.

Thursday, January 20, 2011

To My Future Mirror



Have I told you
My dreams
You know what I want
Like metal detector that can detect precious metal
You are brave and knowing what I want you to do
Parallel with my unspoken voice
You are my hero.


Receiving who I am
Polish my capability
You bring best of me
The path is long ahead
We walk side by side very calm and wise
Welcome my future mirror
We connect so well.


You understand me
I feel so good
Smiley eyes with sincere heart
I can feel that
You don't have to voice them to tell me
Reading your expressions are enough
Welcome my future mirror.



Wednesday, January 19, 2011

Right now



Assalamualaikum.... 

I always remind myself just to be myself. Telling the frank truth what I feel right now. I try to observe what I feel every time. Make change if necessary.

Tuesday, January 18, 2011

Booster. Books That Inspire Me :)


Assalamualaikum...

Hello again. Thank you for reading. Nearly 3 weeks that we left year 2010. How about your wish lists? Have you accomplished any one of them? Or you are out of determination to do your whatsoever your lists. Well, normal right for us as human to be tired, bored or under motivated to do. Like when we hungry, we need food to avoid starvation and stay energy and healthy. When we tired, we need rest or nap or enough sleep.

I, as like other people need a boost for my soul and to motivate me and also stay happy, positive. So what do you do if you in my place need for soul-booster?  I like to read motivational books. Well, if you want to know, I recommend books like 'La Tahzan' and 'Law of Attractions'. I got to know these books when I saw these on my sister's book shelf about 5 years ago. I was curious so I read and they uplifting my soul. After that, I decided to buy myself these books for my own collection. They have never failed to give me boost that I need (they never bored you and each time you read you get something new and excite you again). For 'La Tahzan' book, I bought 3 mini books volume 1 to 3. I bring one of them in my handbag to wherever I go even for traveling, visiting relatives' houses for raya to kill my time. Even I go for shopping, I bring that book!
One Of My Favourite Books: La Tahzan

So again, what do you do when you are gloomy and unmotivated?

Sunday, January 16, 2011

I Changed My Homepage's Skin!




Assalamualaikum...

Hi people,how are you during this weekend? I hope you all have happy and joyous weekend. I woke up late as I slept late. What I did?  Many things but utmost I changed my web browsers' skin (Google,Internet Explorer and Mozilla Firefox) into this (you can see it below) I set up my homepage to Igoogle homepage with this colour. I like this colour very much as the tab for google chrome I chose the similar one even it has different name. Never mind as long it still the same. Change is a good! I followed my instinct to search the theme and I got what I wanted. Alhamdulillah. Well personalised my own deskop web browser for start. People, care to show what your homepage?



Saturday, January 15, 2011

Saya Mahu Set Semula Perasaan Saya!


Assalamualaikum...

Sebelum tu saya nak minta maaf kerana tulisan-tulisan sebelum ini agak "leweh". Saya terlupa yang saya sepatutnya tumpu pada perkara yang menyenangkan dan menggembirakan saya serta paling UTAMA tahu apa saya nak HENDAK.

"Allah menurut sangkaan hambaNya."

Buang yang keruh ambil yang jernih. Mendampingi orang yang berfikiran positif. InsyaAllah.
Jumpa lagi.


Lesson I Learn Today




“If it fit, it will always fit no matter what you do it will FIT”

Makna tersirat: Kalau serasi akan tetap serasi walau apapun keadaan.

Thursday, January 13, 2011

Kek Keju Lemon




Assalamualaikum...

Saya nak kongsi resipi ini. Terima kasih Kak S. Bahan mudah dicari.

Bahan-bahan
250 gram keju Philadelphia (seketul) - biar dalam suhu bilik
1/2 biji jus lemon
200 ml krim putar (whipped cream)
3 biji telur
3 sudu tepung gandum
Sedikit esen vanila
4-5 sudu makan gula

Cara buat
Campurkan semua, masukkan dalam loyang yang digris mentega (tebal 1 inco). Bakar pada suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit. Uji dengan mencucuk lidi pada kek. Biarkan sejuk sebelum potong.

Wednesday, January 12, 2011

Resipi Kuah Untuk Kentang Lenyek



Assalamualaikum...

Ahad lepas lewat-lewat awal pagi, saya kelaparan yang teramat. Jadi saya buat kentang lenyek. Selalunya saya buat kentang lenyek tanpa kuah kan jadi kali ini macam dapat idea (suka mereka-mereka). Ok sapa-sapa nak resepi mengarut saya (tapi sedap woo) dipersilakan cuba. Senang je,boleh ubahsuai,tambah dan kurang bahan.

Bahan-bahan:
1 biji bawang besar
1 sudu besar tepung gandum
Minyak/mentega untuk menumis
1 cawan air bersama 1 kiub stok ayam (dilarutkan)
2-3 biji cendawan butang atau cendawan shitake (ikut suka berapa banyak)
Serbuk lada sulah
Serbuk lada hitam
1 biji cili api yang ditumbuk lumat (untuk kepedasan yang maksimum, tak letak tak mengapa)
Garam secukup rasa
Sedikit kicap manis
Daun sup untuk hiasan

Cara-cara membuat:
1. Bawang dipotong kecil-kecil
2. Hidupkan api, dalam kuali letak minyak atau mentega. Dah panas, masukkan bawang,goreng sehingga garing. Kemudian masukkan tepung gandum, kecilkan api. Kacau sehingga tepung menjadi perang.
3. Setelah perang, masukkan air stok ayam,kacau perlahan-lahan. Masukkan cendawan, serbuk lada sulah, serbuk lada hitam,cili api tumbuk, kicap dan garam. Kacau hingga pekat.
4.Tutup api. Curahkan kuah pada kentang lenyek dan hiris daun sup halus-halus untuk ditabur
.

Peringatan: Bagi mereka yang tak tahan pedas, jangan letak cili api. Nanti korang asyik membuang. Haha. Selamat mencuba.



Tuesday, January 11, 2011

Membalas dendam adalah indah jika....



Assalamualaikum...

Amat manis bila berjaya membalas dendam pada orang yang
menganiaya diri kita. Saya mahu menghukum dia supaya dia sedar. Malang sungguh dia masih belum sedar diri lagi. Sweet revenge. Don't you agree?

Belajar membuat tulisan rahsia




Saturday, January 8, 2011

Esok Adalah Harinya....




Assalamualaikum...


Esok adalah... jeng-jeng harijadi saya ke-32 (kalau ikut waktu Masihi). Tambah setahun usia saya. Manakala 10 Safar ( tak lama lagi,beberapa hari) meningkat juga. Er berape ye?Hehe. Tak seronok betul kalau lahir awal-awal tahun ini tapi kenalah terima dengan hati terbuka tua cepat.


Apapun, saya harap saya dapat harungi tahun ini dengan sebaik-baiknya dan menjadi insan lebih baik. Nak hadiah tapi tak tahu sapa nak bagi. Terbayang-bayang kek keju Secret Recipe, bilalah nak dapat


Jumpa lagi.

Friday, January 7, 2011

Tidur




Assalamualaikum...salam hari Jumaat.

Tulisan kali ini nak menceritakan tentang tidur. Saya ni ada masalah tidur tetap waktu. Mula-mula balik dari Gold Coast tu waktu tidur saya ikut sana dengan terbangun untuk Subuh kul 1 pagi waktu Malaysia. Haha lepas tu ikut waktu Wataka,NZ lak di mana pukul 5 petang waktu Malaysia saya tidur (sana kul 9 malam). Lepas tu normal ikut waktu Malaysia (itupun tidur awal lepas Isyak dah ZzzZz). Sekarang pula masalah jadi kelawar pula. Tidur lewat paling teruk kul 3 pagi (waktu Malaysia). Jadi masalahnya saya terbabas Subuh walaupun dah letak penggera ( dalam tak sedar tidur padamkan penggera jam bila berbunyi)
Malam tadi (malam Jumaat), saya cadang nak tidur awal. Jadi kul 12 malam dah baring, tetapkan waktu bangun kul 5:40 pagi (tetapkan awal sikit supaya boleh bersedia). Baring-baring tu sambil pakai walkman dengar ceramah tentang "Law Of Attraction" oleh Michael Lousier. Saya tengah geram dan kecil hati dengan sesetengah orang (untuk naikkan semangat, tingkatkan tenaga positif). Mungkin sebab selalu fikirkan masalah sebelum tidur menyebabkan tidak boleh tidur. Tengok jam dah 12:30, bangun tengok cerita The Good Old Days. Habis 1:30 pagi, baring sekali lagi dan di dasar hati saya tahu memang tak akan bangun Subuh kalau masih belum tidur. Lalu saya cakap "Ya Allah,tolonglah kejutkan aku ini. Aku ni asyik terbabas Subuh walaupun ada jam loceng aku boleh tak bangun. Mudahkan aku bangun." Alhamdulillah memang berkesan.

Tahu tak saya terbangun kerana mimpi saya kena kejar ular warna-warni. Ke mana saya lari, ular tu ikut. Macam ada je, saya sungguh-sungguh lari, ular tu dapat kejar. Kadang-kadang muncul di lantai atau di siling. Ketika itu saya terbangun. Fikir sekejap, nasib baik (walaupun dalam mimpi) tidak kena belit atau patuk. Lepas tu barulah pergi bilik air nak berus gigi dan ambil wuduk.

P/S: Ada orang kata kalau mimpi ular patuk maknanya nak kahwin. Saya pula fikir pasal ular tu kejar saya sebab tak solat Subuh lagi. Apapun pertama kali mimpi pasal ular (seingat saya pasal mimpi). Ngeri pula tapi baguslah terus boleh terbangun dengan mudah.

Wednesday, January 5, 2011

Penat Yang Menyeronokkan




Assalamualaikum...
Memang seronokkan melakukan aktiviti-aktiviti yang kita suka walaupun ia memenatkan? Bagaimana kalau kita terpaksa bekerja untuk meneruskan hidup yang kadang-kadang ada hari bukan hari kita?

o       Buat kerja dengan ikhlas dan jadikan kerja tersebut menyeronokkan. Jadikan rezeki kita berkat
o       Kadang-kadang kerja kita buat tu memenatkan tapi bila dah selesai kita rasa puas kerana berjaya   melakukannya. Kita patut gembira.
o       Kadang-kadang JUGA bukan masalah kerja tersebut tapi masalah orang sekeliling yang teruk seperti ada yang hipokrit, ada yang jenis memburuk-burukkan kita pada orang lain terutama pada ketua. Kalau saya, baik berhenti daripada bekerja dengan jiwa tak tenang. Kalau anda dapat bertahan dan bersabar teruskan, besar pahala anda dapat.Kalau tak tahan, berhenti kerana ia merosakkan jiwa kita (kalau  ada pilihan). Rezeki ada kat mana-mana.
o       Kadang-kadang kita mengeluh gaji/upah yang TIDAK cukup dengan kos yang meningkat. Anda kena bijak dengan berjimat dan belanja pada perkara-perkara yang penting. Jangan kerana hendak dapat gaji tinggi anda abaikan nilai KEJUJURAN. Contoh kalau anda berniaga menaikkan harga yang tidak munasabah hanya kerana hendak dapat untung lebih. Sebenarnya faktor berkat memainkan peranan utama. Kalau anda tidak menghiraukan punca rezeki anda bersih atau tidak, banyak mana pun gaji/upah/keuntungan yang anda dapat tidak akan mencukupi. Jadi perhatikan selalu etika
o       Kepada mereka yang mempunyai kerja tetap pula, jangan berfikiran sempit atau suka buat kesimpulan secara umum kepada orang yang tidak bekerja tetap. Masalah yang saya hadapi bila ada orang tertentu yang berpandangan skeptikal pada saya kerana TIDAK bekerja tetap dan TIADA gaji bulan-bulan.Mula-mula saya terangkan yang kerja tidak semestinya perlu mendapat gaji TETAP. Kalau kerja tetap pun banyak lalaikan tanggugjawab SAMA TARAF juga dengan orang tidak bekerja cuma beza ada gaji.  Tolonglah jangan sempitkan pemikiran tu dengan ingat kerja KENA dapat gaji macam gaji bulan-bulan.Ada juga kerja yang tidak ada gaji. Lagipun saya perempuan dan bukan kewajipan perempuan mencari rezeki pun.


Saya minta maaf kalau tulisan saya agak emosi kali ini. PENAT dengan orang-orang begini.

Tuesday, January 4, 2011

Pekasam




Assalamualaikum...
Siang tadi saya tengok siri 'Kiah Pekasam' bagaimana Kiah yang pada mulanya tidak suka pekasam kerana pekasam berbau busuk. Kemudian dia dah suka pekasam. Saya teringat keadaan saya yang mula-mula tidak tahu rupa pekasam ketika sekolah. Semasa memasuki universiti, saya berkawan rapat dengan 2 budak dari utara tanah air. Seorang bernama Sha dari Pulau Pinang dan seorang lagi bernama Ja dari Kodiang,Kedah. Nak dijadikan cerita, ada teman satu aliran nama Joanna (kami dia Joe atau Joe Jambul- daripada Joe saya belajar perkataan poyo) ni selalu pesan minta pekasam pada  kawan saya si Ja kalau kami balik cuti semester. Saya pelik juga kerana Jo minat pekasam, saya pula tidak pernah mencuba dan ketika itu tidak teringin pun nak rasa pekasam. Memang bila Ja balik bilik, masuk bilik dia memang bau busuk. Hehe tapi saya taklah bagitahu. Jo pula asyik meyakinkan saya cakap pekasam ni sedap cubalah rasa. Budak Jawa Joe ni nak kena, hehe. Saya cakap tak pelah lain kali cuba. Haha sampai ke akhir pengajian tak pernah juga rasa pekasam Ja bawa tu. Maaf belum terbuka hati.
Bila saya bertapa (untuk bekerja) di sebuah negeri yang bukan negeri-negeri UTARA, saya sekali lagi diperkenalkan pekasam melalui orang sebelah. Emak Anah orang Kedah beri pekasam pada saudara (saya tinggal dengan saudara). Kali ini barulah mencuba. Sekali sedap dan sayalah tukang habiskan pekasam sorang. Haha.Saya cakap kat sepupu saya sedap, dia tunjuk muka toya sambil tutup hidung. Tahun depan tu saya datang, tengok-tengok sepupu saya dah kemaruk pekasam sama macam saya.
Balik rumah saya masih tak dapat lupakan keenakan pekasam sampai meluahkan rasa suka pekasam pada karpet kc. Lepas tu dapat tindak balas daripada Sari,seorang chatter. Dia minta alamat. Ingatkan sedikit dia bagi, sekali satu kotak besar siap dengan ikan masin dan belacan. Hehe, stok macam setahun punya. Terima kasih Sari. Mesti dia kesian saya menggelupur nak makan, bagi banyak-banyak biar saya puas.
Apapun bila kita bergaul dengan orang daripada latar yang berbeza terutama ketika kita duduk satu rumah kita pun boleh belajar dan terikut apa dia makan walaupun kita tak pernah makan. Saya ingat ketika saya dengan Ja satu apartmen, saya ajar dia makan tempe sambal dan paru goreng. Dia selalu tengok saya bungkus nasi dengan lauk-lauk tersebut. hampir setiap hari. Jadi dia cuba, nasib baik dia boleh terima. Satu perkara baru saya tahu pasal Ja masa tu, dia kena makan nasi waktu makan tengah hari, tak boleh makan macam makanan segera atau pasta/mi bagai. Begini ceritanya. Kami pernah keluar jalan-jalan kat Jalan TAR, lepas dah puas beli-belah, kami lapar. Saya dan Sha nak makan McD manakala Ja nak makan nasi. Ja ada cakap dia tak pernah makan selain nasi waktu tengah hari. Kami ni degil, ingatkan dia cakap camtu sebab nak kami ikut kehendak dia. Jadi Ja terpaksa mengalah. Sekali lepas Ja habis makan, dia muntah. Nasib baik dia cepat-cepat pergi tandas. Kami tengok memang terpaku. Betul dia tak boleh makan selain nasi. Lepas tu kesian dia sebab muntah semua, kami teman dia pergi kafeteria, teman dia makan nasi pula. Pengajaran untuk saya, hormati apa yang mereka boleh atau suka makan walaupun kita tidak suka.
Panjang pula tapi itulah setiap orang ada selera makan tersendiri. Macam saya tak kisah satu hari tak makan nasi. Kalau makan nasi biasa sekali je. Kalau saya makan nasi untuk tengah hari, malam saya cari makanan lain. Saya boleh je nak makan nasi 2 kali sehari tapi saya rasa perut saya sebu je takdelah masalah muntah ke apa.
Jumpa lagi, wassalam...

Tulisan Waktu Sekarang




Assalamualaikum...

Selepas balik dari Gold Coast, jadual tidur saya mula-mula ikut waktu di NZ kemudian waktu malam Malaysia. Sekarang ini patutnya dah tidur tapi tak boleh pula. Apapun dapat tengok cerita "The Good Old Days" pukul 12:30 di saluran NTV7 tadi setelah hampir sebulan tak dapat menonton. Memang cerita ini pernah keluar dulu dalam tahun 1990-an tapi saya dah lupa jalan cerita. Siri ini memang panjang. Hero dan heroin memang kacak dan lawa.

Monday, January 3, 2011

Permulaan




Assalamualaikum.....

Apa khabar anda semua? Mesti anda kepenatan semalam kerana ada yang terpaksa uruskan persekolahan anak-anak, ada yang masuk semula sem untuk para pelajar universiti.Semalam saya ingat mahu menulis tentang "PENAT YANG MENYERONOKKAN" tapi sibuk menolong emak saya dengan pembukaan sesi persekolahan lebih-lebih lagi bagi sekolah berasrama lagi banyak kena buat. 

Tahun ini emak saya bercadang untuk menyediakan khidmat sulaman nama pada setiap item bagi pelajar-pelajar asrama kerana banyak sangat laporan kehilangan pakaian sekolah,cadar,sarung bantal,selimut dan lain-lain. Maklumlah semua seragam jadi mungkin ada orang terambil, tertukar, terhilang segala. Masa mula dengar tu saya pelik juga mengapa boleh banyak sangat hilang kerana pengalaman saya dulu di asrama belum pernah alami kehilangan item-item tersebut. Ketika itu, item-item saya tidak disulam cuma tulis dengar pen tahan lama.

Tidak sangka sambutan yang kami dapat sangat menggalakkan. Satu pelajar hantar kadang-kadang sampai 19 item. Memang tak cukup tangan dan saya tak makan pun dari pagi sampai malam! Penat layan karenah ibu bapa dan pelajar-pelajar. Tugas saya mengambil pesanan dan pastikan jumlah item yang dihantar supaya bila dipulangkan semula tidak hilang. Haha macam ironi. Jangan hilang semasa menyulam nama sudah. Memang saya pastikan dan label masuk plastik asing-asing mengikut giliran nombor. Sampai ke malam hingga 11:30 masih belum siap jadi akan disambung pada hari ini dan hari-hari seterusnya. Apapun saya gembira kerana dapat sambutan menggalakkan hingga emak saya memutuskan akan teruskan untuk buat pada setiap petang waktu sekolah dan hari penuh cuti hujung minggu pada awal-awal pembukaan sekolah. 

Permulaan dalam melakukan perkara yang baru kadang-kadang kita tidak tahu apa akan berlaku. Oleh itu kita perlukan plan alternatif sekiranya sesuatu perkara yang kita nak buat gagal. Kadang-kadang kita tidak sangka sesuatu perkara berlaku  contohnya dalam hal saya semalam ialah tidak cukup masa menyiapkan tempahan pada masa yang ditetapkan kerana sambutan hangat. Pada permulaan juga kita akan menghadapi masalah contohnya permulaan menyulam tu ambil masa lama (mak saya yang sulam) kerana menyesuaikan diri untuk mencari berapa besar tulisan supaya tidak terlalu besar atau terlalu kecil, posisi sulaman untuk setiap item, masa  sulaman untuk setiap item. Saya perasan kan budak-budak sekarang nama sangat panjang jadi ambil masa juga nak sulam jadi nama diringkaskan. Lepas dah tahu dan biasa barulah kerja menjadi cepat dan mudah.

Saya ada macam-macam nak buat tapi masalah saya ialah susah nak mulakan sesuatu yang baru. Memang saya pernah baca satu cerpen tentang seorang lelaki ini nak mulakan menanam (lupa tanaman apa sebab dah lama saya baca cerpen itu) merasa sangat susah nak mulakan projek. Lepas dia dapat dorongan, leteran, semangat baru dia buat. Mula-mula sama macam saya katakan, dia menghadapi keadaan-keadaan tidak dijangka. Lepas hadapi cabaran barulah lancar dan berjaya.

Agaknya saya ini kena "tolak" agaknya :) Nanti saya ceritakan "PENAT YANG MENYERONOKKAN"














Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun 2011



Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini merupakan tahun yang lebih baik daripada tahun sebelum-sebelumnya. Saya baca kebanyakan blog menceritakan keseluruhan perjalanan hidup mereka. Bagi saya pula tahun 2010 tahun yang aktiviti saya buat berbeza daripada tahun lepas. Ada perubahan yang menyedihkan apabila kampungchat.com berubah menjadi bilik borak yang bebas. Saya pula pada tahun lepas kurang borak di laman sembang kerana hal-hal peribadi dan sibuk dengan aktiviri baru jadi bila masuk balik nak sembang semula ketika bulan puasa, tengok-tengok dah berbeza. Tidak disangka. Nampaknya tamatlah tempoh saya berborak di sana selama 8 tahun. Mungkin ini petanda atau titik permulaan untuk memulakan perkara lain pula. Untuk saya kembali borak semula di kc mungkin tidak kerana suasana yang menyakitkan mata untuk melihat perkataan-perkataan yang kurang elok (ada masuk nak lihat). Terpaksalah saya menggunakan platform lain untuk bersembang. Saya perasan pula selepas tidak aktif borak di laman sembang, saya aktif pula menulis di ruangan ini. InsyaAllah tahun ini saya akan kerap menulis pula.

Dijangka tahun ini merupakan tahun untuk pendidikan dan perubatan. Berita baik untuk mereka yang terlibat dalam bidang ini. Ambil kesempatan ini untuk mencari peluang dan memperoleh duit poket lebih. Hehe. Di luar bidang ini pun boleh ambil kesempatan juga kalau bijak ambil peluang ler.

Apapun saya puas hati prestasi saya pada tahun lepas. Saya akan pertingkatkan lagi dan berubah ke arah lebih positif mengikut keselesaan saya. Saya akui saya bukanlah mudah mengikut perubahan atau melakukan perubahan. Saya suka fikir satu-satu perkara secara mendalam sebelum menerima atau menolak. Ambil masa ok, saya bukanlah orang yang spontan. Jika saya menerima untuk melakukan sesuatu perkara tersebut bermakna saya akan teruskan tanpa teragak-agak atau tidak hiraukan larangan orang. Ada beberapa perkara yang saya fikirkan dengan giat ketika ini belum ada pemutus. Dah ada sesuatu untuk diberitahu, saya akan terangkan ok?
Lebih kurang seminggu pula harijadi saya. Haha, bertambah setahun umur saya. Harap-harap saya lagi matang dalam membuat keputusan.
Jumpa lagi.