Nuffnang

Sunday, October 14, 2012

E-Novel: Dunia Rumah Alena


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Pengenalan/Mukadimah

Inilah dunia Alena. Di rumah sahaja kebanyakan masanya. Siang dan malam untuk rumah yang dianggap selamat dan menggembirakan. Segala-galanya menyenangkan Alena. TV dengan pelbagai rancangan menarik. Internet dengan maklumat dan hiburan segera terus ke dirinya. Mudah berhubung dengan manusia melalui alam maya ini. Sejak dia terkandas tidak khatam universiti, internetlah yang menyejukkan jiwa yang patah. Mula-mula tentulah air mata mengiringi rasa sedih Alena. Rasa malu yang menyelubungi diri. Rasa putus asa. Rasa seperti hilang arah tujuan seolah-olah dia tidak mahu hidup. Tidak disangka perjalanan hidup tidak seperti dibayangkan. Dia membayangkan menyambung pelajaran  ke universiti, tamat pengajian, bekerja dengan gaji yang lumayan, bercinta, berkahwin dan seterusnya mempunyai anak. Nampaknya tidak satupun dia berjaya laksanakan. Kini Alena hanya memandang dunianya pada rumah secara realiti dan internet sebagai jalan lepas di alam maya. Sudah lama dia terperangkap dalam dunia itu sehingga menjauhkan dia daripada rakan-rakan yang bagi Alena lebih berjaya daripadanya. Bagai terkongkong dalam kotak! Statik. 

Alena mencari-cari keghairahan hidupnya setelah percaya dia salah memilih bidang yang akhirnya dia jatuh dalam lubang dalam.

Lubang dalam itu membuatkan Alena memulakan perjalanan pencarian jiwa. Langkah pertama adalah mengenali diri. Mengenali personaliti diri melalui kuiz di laman sesawang dan pembacaan buku.


SAMBUNG...

Monday, September 3, 2012

Berbuka Puasa Di Hotel Mahkota, Melaka


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Bulan akhir puasa pergi berbuka di Hotel Mahkota, Melaka. Makanan kegemaran saya ialah stik daging lembu dan kambing.

Adiva Berbuka Awal Dengan Buah
Stik Daging Lembu Dan Kambing
Makanan-Makanan Yang Diambil Oleh Ahli Keluarga Lain
Inilah Ahli Keluarga Saya Termasuk Adik-Adik Ipar Dan Anak Saudara