Nuffnang

Monday, February 6, 2023

Kenduri Aqiqah Dan Doa Selamat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanggal 4 Februari/ 13 Rejab bersamaan Sabtu berlangsung kenduri aqiqah dan doa selamat di rumah emak saudara di Taman Lenggong, ampin.

Majlis bermula 10:30 pagi. Sarapan disediakan seperti lemang dan rendang ayam dan daging campur hati serta kuih-muih seperti kuih bom, lepat dan donut. Saya tidak makan sebab simpan perut untuk makan tengahari.

Sebahagian Khemah. Ini Khemah Untuk Ahli Marhaban Dan Doa Selamat

Kuih-Muih Yang Adik Perempuan Ambil Untuk Anak-Anaknya




Rendang Ayam

Rendang Daging Dan Campur Hati



Majlis dimulakan dengaan berzanji. Kemudian barulah bacaan doa selamat. Lama juga. Hampir ke tengahari barulah baca an doa selamat selesai. Haha lapar tahan makan. Ambil semua lauk. Nasi putih, teluk itik masak lemak, sambal jawa, kari daging, ayam sambal letak daun kari, ulam-ulam, sambal belacan, ikan masin. Penuh pinggan. Air teh o dan mineral.

Nasi Putih+ Telur Itik Masak Lemak+Sambal Jawa+Ayam Sambal Daun Kari+Kari Daging+Ulam+Sambal Belacan+ Ikan Masin



Lupa adik ada bawa keju keju Oreo ambil satu masa ambil air. Gambar tiada sebab makan. Memandangkan saya ahli keluarga tuan rumah jadi makan dalam rumah duduk di permaidani. Tiadalah makan di khemah. Laku habis lemang dan rendang dan kuih-muih. Tidak dapat tapau makanan tersebut. Majlis habis dalam pukul 2 petang tapi kami ahli ada masih lepak tolong Mok petik pucuk maman untuk buat rendang maman. Banyak daun maman yang kena ambil. Kerja renyah sebab itu ramai tidak buat rentang maman. Kalau buatpun harga mahal sedikit daripada rendang biasa. Sampai pukul 5 petang lebih baru selesai petik. Bersedia ke rumah Desa Permai buat majlis kejutan Mak Lang dan Uncle Duan. Mak Lang 31 Januari dan Uncle Duan 5 Februari.

Waktu ini sudah penat jadi tiada ambil gambar. Makan lagi. Kali ini makan nasi goreng dengan sambal paru dengan teh tarik. Ambil sedikit. Balik badan rasa lenguh sampai keesokannya. Menyesal minum teh.

25 comments:

Afzan said...

sedap sangat tu lauk2 kampung...saya pernah makan rendang itik campur maman di nogori Ya Allah sedap sangat teringat2 rasa sedapnya tu...rendang maman NA ni masak dengan apa?

Seri Kandi Tanah Jauhar said...

Minum teh boleh menyebabkan lenguh badan ya. Tobat la sy tak mahu minum teh lagi, hihi.

NA said...

Hehe selain itu rasanya faktor petik daun maman itu sambil duduk lama.
Lama tidak minum teh. Lepas itu minum banyak.

Sarah Shaqira said...

Tiba-tiba lapar tengok lauk kampung tu...

Mbul Kecil said...

nasi goreng sambal paru favorit mbul kak na...kendurinya banyak kuih muihnya...sedap

daun maman mbul belom pernah tengok...

mama sara nur @ Cik Nor said...

sedapp nya ada lemang tu
rendangg.
Menu n9 Terbaikk sedapp2 semua

mrhanafi said...

alhamdulillah betul-betul makan

Salina@IbuAqil said...

Lauk kampung paling best NA. Pembuka selera. ;)

Carneyz said...

lauk kenduri sedap2 semuanya. rezeki dijamu dalam 2 majlis berbeza. kalau saya agaknya petang tu dah tak larat nak makan apa2 hehe

Carneyz said...

lauk kenduri sedap2 semuanya. rezeki dijamu dalam 2 majlis berbeza. kalau saya agaknya petang tu dah tak larat nak makan apa2 hehe

adianiez AIDA said...

sukanya attend kenduri :)
sedap-sedap semua lauk.
telur itik masak lemak ada.
ikan masin.
rendang ada ati ayam, sedapnya!

Fatin Nadiah said...

Sedapnye lauk lauk, moga semuanya dalam rahmatNya

nona sani said...

Sedap sedap lauk pauk tu ye.. Memang favourite...Oh..ada ye nama makanan maman..baru kutahu 😅

Apa pun, Alhamdulillah majlis selesai sudah..

Ujie Othman said...

itu yang mahal harga rendang maman. Renyah prosesnya.

AiniHalim said...

Sedapnya suka makan makanan kampung..

dear anies said...

amboiiiii penuh pinggannya tuuu...👍👍👍

Sha Mohamed said...

Alhamdulillah.. Sedap-sedap menu dia..

nohas said...

Sedap2 semua menu breakfast & lunch..tak pernah lg mkn rendang yg cmpur maman...dulu masa kecik, arwah ayah suka mkn jeruk maman..

Amie said...

Sedap-sedap menunya.
Baca entri ini teringat minggu depan ada jemputan kenduri aqiqah anak buah.

fanny_dcatqueen said...

Dah lama saya tak menghadiri acara seperti ini 😄. Sedap2 masakannya kak. Rendang memang selalu hadir dalam acara Yaa, di sinipun kalo ada acara nikah atau apapun, pasti ada kuliner rendang 😄

fanny_dcatqueen said...

Dah lama saya tak menghadiri acara seperti ini 😄. Sedap2 masakannya kak. Rendang memang selalu hadir dalam acara Yaa, di sinipun kalo ada acara nikah atau apapun, pasti ada kuliner rendang 😄

Fieza Sani said...

dapnya tengok menu-menu dia...

mamapp said...

kdg2 angin juga teh tu kan.. kena hati2 dh umo gini jaga kesihatan ye

Nur said...

Telur itik masak lemak, dan sambal jawa, sedapnya! Hehe.. sekali sekala, NA.

Nina Mads said...

alhamdulillah.. sedap nampaknya lauk2 yg ada