Nuffnang

Monday, September 11, 2023

Serah Pada Allah

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Saya hendak cakap satu perkara pasal diri ini. Kalau orang sudah sakitkan hati saya sangat, saya akan serahkan urusan tersebut pada Allah. Ketika itu biar Allah buat dan tentukan. Dia Maha Adil dan Bijaksana. 

Pada ketika itu, saya tidak endahkan orang itu dalam apa cara sekalipun. Pada saya urusan kita telah diberi pada Allah. Jadi saya tidak mahu ada kaitan. Sila merayu pada Allah. Analoginya seperti saya serahkan hal pada mahkamah dan saya minta pada hakim untuk buat pengadilan. Saya cuma akan selesaikan jika dia ikut syarat-syarat diikuti. Tiada istilah tarik saman. Sorry, you have to ask Allah yourself what should you do to amend your mistakes. 

Apa syarat-syarat saya? Dia kena tanya pada Allah. Selagi tidak betul-betul ikhlas, dia tidak akan dapat tahu apa saya minta. Selagi itu saya tidak akan layan untuk berkomunikasi.

Nampak kejam? Tidak. Pengajaran pada orang itu supaya jangan buat pada orang lain. Jangan sewenang-wenangnya sakitkan hati orang. 

Kalau tidak faham juga, I rest my case. Tidak dapat tolong selain diri sendiri yang dapat buat.

Lagi teruk kena kalau saya jadi orang teraniaya. Penalti lagi tinggi. Ia bukan sebab dendam. Ini untuk pengajaran supaya tidak buat lagi dan orang lain tidak terkena. Ia sangat meyakitkan. Hati-hati berkata-kata dan jaga tingkah laku.

Note: Don't worry. You have been forgiven.



9 comments:

Warisan Petani said...

Semoga yang baik2 aje datangnya

fanny_dcatqueen said...

Hati2 sangaaaat untuk tidak menyakiti orang lain. Karena doa orang yg dizolimi itu makbul 😭. Jangan sampai kita kena doa dari mereka yg tersakiti.

Memang dah benar, serahkan semua ke Allah kak Na 🤗. Tak usahlah kita panaskan hati utk mikirin orang yang seperti itu. Biar nanti urusannya dengan yang di Atas.

mrhanafi said...

Bersabarlah kerana sabar itu separuh daripada iman...mungin segala ujina yang kita dapat itu juga termasuk dalam rezeki

nohas said...

semoga baik2 aja NA..

Ujie Othman said...

Serah pada Allah, itu yang terbaik kerana Allah Maha Tahu dan Maha Adil.

Ya, kita harus bertegas dalam menjaga perasaan sendiri.

Nur said...

Bila kita berserah pada Allah, rasa aman sikit hati, kan. Sebab Dia tahu apa yang kita tak tahu. Pasti ada hikmah di sebaliknya.

Shikin Razali said...

Betul tue kak NA.. Pada Allah jua kita mengadu dan Allah Maha Adil kak.. Kifarah tue ada, biar Allah saja yang adili semua tue.. semoga akak memperolehi kesabaran yang tinggi..

Nina Mads said...

berdoa semoga hari2 yg mendatang dipermudahkan urusan oleh Allah

mamapp said...

kesalahan sesama manusialah yg paling susah nak dicari kemaafan tapi kalau si yang dianiaya sudah maafkan alangkah indahnya hati dia