Nuffnang

Tuesday, September 26, 2023

Ikhtiar: Beli GNI Sacha Inchi Oil

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Alhamdulillah produk selamat sampai dalam kotak dan dalam plastik gelembung. Memang teringin untuk cuba produk yang Ustaz Hanafi Malek jadi duta tapi itulah harga sebotol itu buat fikir banyak kali.

Apabila ada tawaran harga sempena Hari Malaysia dari 16 September-30 September dapatlah cuba. Lagilah ada barang-barang percuma. Terus rambang mata. Hehe siapa yang tidak suka barang percuma.

Saya beli GNI Sacha Inchi Oil 3 botol x 60 kapsul lembut percuma 1 botol x 60 kapsul lembut ( jadi 4 botol). Percuma 2 sachet  Kopi Sacha Inchi + Ashwagandha KSM-66 dan 1 Sabun 9 Herba dengan Ekstrak Sacha Inchi.
Harga RM250. Kos COD RM10. Beli masa main Candy Crush Saga ada keluar iklannya.


Produk GNI Sacha Inchi (3 Botol)Dalam Kotak Dan 3 Hadiah Percuma 



Satu usaha untuk jaga kesihatan jantung dan kawal supaya kolestrol jahat tidak melebihi maksima. Bagus untuk mata, otak, tulang, sendi. Supaya cergas dan cerdas. Sebelum ini saya makan minyak Omega (minyak ikan) jadi nampak kesan baik. Cuma minyak ikan ini hanyir. Makanan kesihatan memang tidak sedap. Hehe ini hendak rasa minyak sancha ini bagaimana rasanya. Tapi ini dalam gel lembut memang tidak rasa secara langsung.

P.S: Lega botolnya plastik.
##############


Kemaskini Januari 2024-Habis makan pada 10 Januari 2024. Objektif untuk saya tidak tercapai. Masih ada insiden sakit perut tidak hilang dan sengal di bahagian tapak kaki masih tidak hilang tapi berkurangan. Cari solusi lain. Terima kasih dapat mencuba. Mungkin ada kesan baik dalaman yang saya tidak tahu.

15 comments:

dear anies said...

boleh tahan juga ya harganya. sebotol tu boleh tahan berapa lama NA? ada pantang tak once kita dah consume?

Ujie Othman said...

Kalau benda yang tak urgent, memang saya tunggu bila ada promosi baru membeli 😁
Saya belum pernah try sacha inchi, nanti NA buatlah review tentang rasanya ya.

Saya amalkan fish oil jenama Blackmores dalam kapsul, oklah makan tak hanyir tapi kadang kalau sendawa rasa la tak sedap macam hanyir 😅

Rezky Pratama said...

Beli ini karena muncul waktu main game candy crash

NA said...

Ya betul. Mengganggu fikiran betul.

Carneyz said...

Semoga berkesan produknya. Lepas guna boleh buat review.

MRENEYOO said...

Herbal ya...semoga bermanfaat buat kesehatan,semakin prima.

fanny_dcatqueen said...

Kalo dlm gel, saya masih nak makan. Tapi kalo cair, dah laah tak nak langsung, apalagi kalo hanyir kak. Jadi ingat minyak ikan zaman kecil dulu, yg warna putih, baunya astaghfirullah 🤣🤣🤣🤣. Saya masih trauma liat botolnya hahahahah. Untung setelah tuh ada tipe kapsulnya 😅

Baru dengar nih minyak sancha. Ada kopinya juga yaa 👍

Nina Mads said...

boleh share beli di mana sbb yg MIL punya sudah habis

nohas said...

semoga berkesan & serasi dgn NA..alternatif kpd protein haiwan..

Nur said...

Nanti NA review ye, apa perubahan amalkan sacha inchi oil ni.
Ooo... main candy crush ye. :D

NA said...

Ok insya Allah. Buat masa ini rasa biasa sahaja. Haha.
Haah sudah tahap 7 000.

Nur said...

Oooo... gitu. Mana tahu, kot makan sacha inchi oil tu, rasa kuat dan tenaga bertambah. Hehe..
Wow, terernya NA, level tinggi tuu.... :D

NA said...

Ada perubahan nanti bagitahu. Stok 4 bulan itu.
Hehe tahap tinggi sebab selalu Candy Crush Saga buat pertandingan. Sedar-sedar dah lebih 7 000.

mamapp said...

bagus juga makan sacha ichi ni. dulu penah makan lepas kena covid, mmg ada perubahan

mrhanafi said...

Produk kesihatab memang rata-dat segegitu....memang tdaik edap