Nuffnang

Showing posts with label Pendapat. Show all posts
Showing posts with label Pendapat. Show all posts

Saturday, September 10, 2011

Pendapat: Mengapa Susah Nak Minta Maaf? IF : AND or OR (FORGIVE, FORGET)




(Tulisan kehadapan- auto post dikarang lebih awal)
 
Assalamualaikum...


Kebelakangan ini saya ada terfikir mengenai pasal memaafkan orang dan melihat pos LAMA saya pernah buat mengenai mengapa susah nak minta maaf dan formula memaafkan dan melupakan.


Setiap orang ada cara/pandangan untuk formula memaafkan dan melupakan. Ok nak cerita pasal saya yang memang susah nak maafkan kalau kesilapan yang dibuat sangat mengguris hati dan berulang-ulang. Ini memang saya takkan berikan kemaafan. Di sebaliknya kalau kesilapan kecil yang tidak disengajakan dan orang itu memang sungguh-sungguh kesal atas perbuatannya dan berubah macam Seth Tan dalam Nora Elena tu memang patut diberi kemaafan.


Jadi kalau saya mendiamkan diri dengan orang yang buat salah tu maknanya saya tak maafkan orang tu. Nampak kejam? Saya rasa tidak kerana ingin memberi 'pengajaran' pada pelaku tersebut supaya insaf dan berubah.

Apa pula cara/prinsip korang dalam hal ini?

Pos yang berkaitan.




Wednesday, August 24, 2011

Pendapat: Buat Blog Kedua?




Assalamualaikum...


Tadi baca emel bekas rakan sekolah yang cadangkan saya buat blog lagi satu. Blog tu berbeza dengan dia suruh saya menulis penulisan kreatif dan juga mungkin lebih peribadi. Haha diakui la blog sekarang ni agak umum untuk tatapan semua.


Dahulu saya ada blog lain (tapi dah ditutup oleh pihak pengurusan) yang memang saya tulis di situ bebas, terperinci dan kadang-kadang macam mengarut. Tapi ada gak yang baca. Haha pembaca dari luar negara siap beri komen benda yang saya tulis (kat blog tu banyak tulis dalam Bahasa Inggeris)

Tengoklah camner yer. Nanti datang rasa mahu wujudkan blog baru khas untuk jenis pembaca ini juga. Tahu Encik Lampard pun lagi suka masuk blog lama saya. Blog ni dia jarang masuk pun :(


P.S: Macam tak efisyen je ada 2 blog ni. Apa pendapat anda? Ek rasa tak payahlah kut ada lagi satu :)

Gambar Sekadar Hiasan.


Monday, August 15, 2011

Menjaga Hubungan Dengan Manusia Lain


Assalamualaikum…

Seperti tajuk di atas menjaga hubungan dengan manusia lain memang mencabar kerana kita diciptakan mempunyai agama, keturunan, suku, pendidikan, latar belakang keluarga, suasana, idealogi yang berbeza.

Namun kerana perbezaan tersebut membawa hikmah untuk kita mengenali keunikan setiap individu. Maka wajiblah kita menghormati antara satu sama lain. Menjaga tutur kata terutamanya dan tidak melakukan kekasaran fizikal kepada orang lain.

Orang yang baik ialah orang yang di mana orang ramai berasa tenteram bersama dengannya.

Biasalah kita sebagai manusa buat salah dan menyinggung perasaan orang lain sama ada secara sengaja atau tidak. Kalau kita sedar, cepat-cepatlah minta maaf. Kalau tidak sedar, harap-harap orang yang disakiti tu doa-doakan supaya kita sedar atau beritahu secara berhikmah.

Harap-harap kita semua dapat menjaga hubungan dengan orang lain. Belajar bersabar dengan karenah orang lain yang kita rasa tak seronok.

Lagi satu kalau ada orang tak suka kita apa kita buat? Kalau saya buat bodoh jerla, tak layan, jauhkan diri. Saya belum mampu menjadi seperti Rasulullah yang sabar dan membuat kebaikan kepada pelaku yang berbuat jahat kepadanya malah memberi hadiah kepada pelaku tersebut. Harap-harap saya mampu pada satu hari nanti. InsyaAllah. Anda mampu tak berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada anda? Kalau mampu, saya kagum.

P.S: Kepada pembaca blog ini kalau saya ada buat perkara yang kurang menyenangkan hati anda saya minta maaf banyak-banyak.
Jom jalinkan silaturrahmi :) 

Ini pos kehadapan (auto-post)







Wednesday, August 10, 2011

Murah Ke Barangan/Peralatan Yang Dijual Di PC Fair?



Assalamualaikum...

Selamat malam semua. Alhamdulillah masih dipanjangkan oleh Allah usia kita ini. Syukur saya masih hidup dan bernafas. Syukur saya boleh buat apa yang saya mahukan. Syukur saya diberikan senjata yang sangat berkuasa dan berkesan iaitu doa di mana saya mahu gunakan senjata ini untuk kebaikan diri saya selalu. InsyaAllah. Syukurlah saya dah sihat sedikit dengan izin-Nya. Saya ada buat kekhilafan pada pagi tadi di mana saya tertidur maka terlepas nak borak dengan sorang blogger ni. Dia nak sangat borak secara dekat dan kami telah tetapkan pagi tadi untuk berborak tapi saya yang mungkir janji. Kesalnya saya sungguh.

Ok saya pernah tulis pasal saya pergi PC Fair masa hari mantai kan?Sebenarnya itulah kali pertama kali saya ke sana di MITC. PC Fair ni saya perasan, selalu juga pameran ini diadakan. Maka saya berkesempatan pergi dengan emak yang baik hati bawa saya ke sana bersama adik lelaki saya, M. Tujuan bawa M tu supaya dia boleh nasihatkan sama ada alatan elektronik yang saya nak beli tu murah. Yelah pada pendapat saya pameran ni mesti jual barangan murah kan? Macam Pesta Buku, memang saya tahu buku-buku dijual murah. Pada pendapat korang murah ke peralatan yang dijual di sana atau sama sahaja harga dengan kedai?

Pergi ke sana mestilah bertujuan nak membeli kan? Tak kuasa pula nak jalan tingkap (windows shopping) Pula orang sangat ramai pada hari terakhir pameran di MITC tu. Saya rasa peninglah juga dengan ramai orang dan dengan kekurangan pengetahuan tentang perkakas yang saya nak beli. Saya bercadang nak beli cakera keras (hard drive) 500 GB. Peruntukan disediakan ialah RM200. 

Memang apabila diperhatikan setiap penjual tu harga yang ditawarkan lebih kurang sama jerla kan bagi jenama yang sama. Cuma pada gerai di belakang sekali saya perasan macam murah sedikit (sikit jer kut) Jadi memandangkan mak dan adik dah tak tahan dengan ramainya orang dan nak segera balik ke rumah serta saya pun dah mabuk dengan orang yang ramai himpit macam sardin maka saya pun memilih cakera keras ini. Cuak jugalah takut bukan pembelian bijak. Mana tahu harga sama atau lebih kurang macam harga kedai kan. Sesiapa yang baca tulisan ini kalau tahu, bolehlah utarakan pendapat. Ok saya beli

Jenama barangan: Samsung External HDD 500GB G2 USB 2.0
Harga di kotak: RM177
Harga asal: RM170
Harga jual: RM164

Inilah Cakera Keras Saya Beli. Warna Putih Macam i-Phone Pula


Murah dan berbaloi ke? Atau ada tempat lain jual lagi murah? Kongsi pengalaman dan pandangan korang.

Kalau murah, lain kali boleh pergi lagi tapi mungkin pergi waktu pagi. Jumpa lagi.




Tuesday, August 9, 2011

Pendapat: Apa Yang Anda Lakukan Apabila Buka Blog?




Assalamualaikum...
Saja nak tahu apa yang anda buat apabila buka/daftar masuk blog anda yer?  Kalau saya mula-mula:

1. Buka google reader untuk tengok banyak mana tulisan baru dah ternak dalam tu. Tengok sapa dah kemaskini blog. Buat nota mental nak pergi melawat 'rumah dia' selepas buat semua langkah tapi bukan semua 'rumah' pergi tau. Banyak pula.

2. Jawab komen yang tersimpan (tu tujuan buat kawal komen supaya tidak terlepas pandang komen yang tidak dijawab)

3. Lawat blog. Lawatan bermula pada blog yang rajin lawat blog saya kemudian lawat blog yang komen dan blog yang saya jadi ahli senarai blog dan blog yang saya suka baca tulisan.Ini entah berapa kali saya masuk terpulang pada tuan punya blog kemaskini dan waktu kelapangan saya. Ini memang  akan saya tinggalkan komen kalau tak, rasa tak seronok tak komen.

4. Tulis pos.

5. Lawat blog yang tinggalkan jejak di kotak jerit. Ini kalau ada kesempatan, kalau tak buat hari lain. 

6. Lawat blog lain yang pos tulisan terkini semasa saya ada dalam google reader. Seronok baca dan ada nak luahkan, saya tinggalkan komen. Kalau tak, diam-diam sudah.

Tapi ada juga susunan berubah iaitu tulis pos sebagai langkah terakhir kalau belum rasa nak tulis lagi. Atau tulis pos sebagai langkah ke-3 dahulu sebab tak sabar nak menulis. Hehe.

Ok kongsi pendapat yer. Apa yang anda buat dahulu apabila buka blog dan mengapa buat langkah-langkah tersebut.





Saturday, January 1, 2011

Selamat Tahun 2011



Assalamualaikum....

Selamat Tahun Baru. Moga tahun ini merupakan tahun yang lebih baik daripada tahun sebelum-sebelumnya. Saya baca kebanyakan blog menceritakan keseluruhan perjalanan hidup mereka. Bagi saya pula tahun 2010 tahun yang aktiviti saya buat berbeza daripada tahun lepas. Ada perubahan yang menyedihkan apabila kampungchat.com berubah menjadi bilik borak yang bebas. Saya pula pada tahun lepas kurang borak di laman sembang kerana hal-hal peribadi dan sibuk dengan aktiviri baru jadi bila masuk balik nak sembang semula ketika bulan puasa, tengok-tengok dah berbeza. Tidak disangka. Nampaknya tamatlah tempoh saya berborak di sana selama 8 tahun. Mungkin ini petanda atau titik permulaan untuk memulakan perkara lain pula. Untuk saya kembali borak semula di kc mungkin tidak kerana suasana yang menyakitkan mata untuk melihat perkataan-perkataan yang kurang elok (ada masuk nak lihat). Terpaksalah saya menggunakan platform lain untuk bersembang. Saya perasan pula selepas tidak aktif borak di laman sembang, saya aktif pula menulis di ruangan ini. InsyaAllah tahun ini saya akan kerap menulis pula.

Dijangka tahun ini merupakan tahun untuk pendidikan dan perubatan. Berita baik untuk mereka yang terlibat dalam bidang ini. Ambil kesempatan ini untuk mencari peluang dan memperoleh duit poket lebih. Hehe. Di luar bidang ini pun boleh ambil kesempatan juga kalau bijak ambil peluang ler.

Apapun saya puas hati prestasi saya pada tahun lepas. Saya akan pertingkatkan lagi dan berubah ke arah lebih positif mengikut keselesaan saya. Saya akui saya bukanlah mudah mengikut perubahan atau melakukan perubahan. Saya suka fikir satu-satu perkara secara mendalam sebelum menerima atau menolak. Ambil masa ok, saya bukanlah orang yang spontan. Jika saya menerima untuk melakukan sesuatu perkara tersebut bermakna saya akan teruskan tanpa teragak-agak atau tidak hiraukan larangan orang. Ada beberapa perkara yang saya fikirkan dengan giat ketika ini belum ada pemutus. Dah ada sesuatu untuk diberitahu, saya akan terangkan ok?
Lebih kurang seminggu pula harijadi saya. Haha, bertambah setahun umur saya. Harap-harap saya lagi matang dalam membuat keputusan.
Jumpa lagi.