Nuffnang

Tuesday, July 19, 2011

Membaca Blog Yang Diikuti/Dilanggan Menggunakan Google Reader


Assalamualaikum...

Saya suka sangat menggunakan aplikasi Google Reader ni. Senang nak tengok senarai tulisan baru blog yang saya langgan dan ikut. Boleh tandakan mana dah baca. Mana belum. Letakkan bintang untuk tulisan yang kita suka (letak dalam satu bahagian). Kalau kita tengah tiada depan pc/laptop. Apabila pc dibuka, buka je Google Reader, boleh tengok tulisan-tulisan yang terlepas yang masuk tu yang warna putih pos yang belum dibaca. Jadi bolehlah baca satu-satu tanpa ketinggalan.

Kandungan Blog Yang Dilanggan Dalam Google Reader Saya

Ia diperkenalkan oleh blogger milimilo maka saya mencubanya dan memang sangat mudah. Sesiapa nak buat boleh pergi ke papan pemuka (dashboard) dan bawah blog I am following to ada satu pautan View In Google Reader. Jadi blog-blog yang korang ikut akan diletakkan dalam Google Reader.

Pemuka Depan (Dashboard)

Sesiapa yang ada blog boleh cuba guna aplikasi Google Reader. Senang, mudah. Kalau ada masalah/kemusykilan boleh tanya saya. Jumpa lagi. 


P.S: Saya suka baca pos terkini blogger buzz juga. Kena ambil tahu perkembangan blogger supaya tak melopong apabila Google Team buat peningkatan sistem.





7 comments:

fatynadia said...

thanks! nak try nak try

NA said...

Selamat mencuba. Kalau ada kemusykilan boleh tanya.

schaze zainn said...

thanks for the sharing.

nnt schaze try jugak la.. xD

eh, btw tau tak dekat setting ade Favicon, ekceli itu untuk ape eh? hikhik

NA said...

untuk letak favicon kat tepi yang perkataan B warna putih oren tu tukar kepada favicon kita pilih.

Jasman said...

ok sy try...

abghani said...

selamo nie den tk tahu lak bondo nie.den buto IT.

NA said...

@abgghani@jasman: nak kongsi apa yang saya pakai apabila baca blog orang. Sebab tu saya boleh baca tulisan lama-lama mereka :)