Nuffnang

Wednesday, February 6, 2013

Novel Percuma Untuk Diberi


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tadi pergi ke restoran yang sewa kedai emak. Memang setiap bulan pergi kedai makan D' Tasek yang terletak di Ayer Keroh sebab emak ambil sewa kedai. Tempat makan ini menjadi tumpuan kebanyakannya pelajar UteM yang tinggal di sekitarnya.

Memang seronok makan makanan saya suka. Selalunya saya minta nasi paprik atau mihun tomyam dengan air tembikai. Alhamdulillah makanan tidak pernah mengecewakan dan sedap. Buat saya seronok, penyewa kedai bagi percuma pada kami sekeluarga. Rasa sangat pemurah sebab tiap-tiap bulan kami datang. Emak nak bayar tapi penyewa tu tak ambil bayaran.

Ia membuatkan saya terharu kerana penyewa restoran kami tu pemurah terhadap kami. Moga Allah murahkan rezeki. Ini membuat saya terfikir, mengapa tidak saya bersifat pemurah? Oleh itu saya buat keputusan nak beri secara PERCUMA novel-novel yang asalnya saya nak jual. Sesiapa yang berminat boleh klik sini untuk tahu cara mendapatkankannya. Maaf, saya akan beri di tempat pertemuan yang telah ditetapkan dan tiada pos. Satu orang satu novel. Siapa cepat dia dapat. Apa-apa kemusykilan, boleh emel saya. 

Tempat pertemuan: Masjid Tengkera, Melaka. Nyatakan novel yang dikehendaki dalam emel. Senarai novel ada pada tajuk COD Novel Terpakai.

Itu sahaja buat ketika ini. Jumpa lagi. Nak tengok Masterchef Australia musim 4.   

5 comments:

Syazana Zainn said...

nak :D

Rooftop rant :D

NA said...

@Shaze: Jap fikir sanggup nak poskan ke tidak sebab wat hantar pakai tangan je.

Syazana Zainn said...

ouh kak wina jauh sgt kat melaka -_-

NA said...

@Schaze: Tahu Schaze kat Ipoh tapi Schaze pembaca setia. Ni Kak Wina tgh timbang mungkin boleh pos pada Schaze tanda ucap terima kasih. Masih fikir lagi hehe sbb malas pergi pejabat pos.

-wina1979-

NA said...

@Ronazil: Ikuti syarat-syarat yang diberikan. Hanya boleh beri novel secara berjumpa di Masjid Tengkera.

-wina1979-