Nuffnang

Saturday, March 2, 2013

Jurnal Baru Dan Makanan Kenduri Kahwin


 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Semalam petang-petang buta iaitu pukul 3 lebih, saya meredah panas matahari menuju ke kedai runcit beli buku log untuk buat jurnal. Hampir 3 minggu jurnal lama dah habis. Tekad berjalan kaki demi untuk meluahkan perasaan pada kertas-kertas. Hehe. Tak peduli kulit terbakar, peluh yang turun macam air terjun. Biar kalori terbakar banyak sedikit. 

Sambil jalan menahan panas tu teringat saya waktu budak-budak dalam darjah 5. Memang saya suka berbasikal keliling kampung dan kawasan perumahan. Balik sekolah, makan dan kemudian cabut bawa basikal. Bayangkan awal petang saya dah merayap. Tapi saya banyak pergi kawasan banyak pokok, kadang-kadang ada masuk sedikit hutan. Memang seronok rasa dalam pengembaran, tengok rumah orang, tengok pokok, tengok sungai.

Balik bila penat dan lapar. Rasanya masa tu takde merungut panas macam sekarang panas sedikit je dah macam cacing kepanasan cari kipas kasi sejuk badan.

Hoho ok cerita lain pula. Tadi pergi 2 kenduri kahwin. Satu saji nasi ayam dan sate dan satu lagi rumah macam biasa nasi minyak dengan lauk-lauk. Rasa pelik pertama kali pergi rumah kahwin orang saji nasi ayam dan sate. Macam rumah terbuka rasa.

Esok ada 2 lagi kenduri kahwin. Menu apakah agaknya. Apapun saya makan berpada-pada supaya tak membazir makanan.

Jumpa lagi. 

P.S: Puas dapat tulis apa yang terbuku di hati semalam dengan jurnal warna hijau yang baru.

2 comments:

Jue said...

bnyk wedding dimana2 skunk..lg2 cuti school t...ahaks..:-)


*semalam pun jue attend wedding..sonok..puas dpt mam gulai kawah..yum3

Syazana Zainn said...

skrg mcm2 menu kat umah org kawen.

kite sbgai tetamu mmg heaven la.hihi

tambah lg kalau yg jenis bg door gift best2 haha


#rasa risau pula majlis yg bakal jadi ni, takot org tak suka dgn makanan yg kita sajikan -_-