Nuffnang

Saturday, January 2, 2021

Pertama Kali Membuat Popia Vietnam

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Selamat petang semua. Apa khabar?

Setelah 2 kali pergi ke Cambodia Sup dan kecewa tidak dapat merasa popia Vietnam, abah bercadang untu membuat. Sebenarnya kami buat bersama-sama. Tolong-menolong. Saya kupas udang, tumbuk bawang putih dan cili api untuk sos.

Watak utama mesti ada iaitu kulit popia yang lutsinar. Bahan untuk inti itu terpulang tapi memandangkan abah suka banyak sayur dan ulam, kami gunakan daun selasih Thai, daun pudina, daun salad, timun dan lobak merah dipotong batang mancis. Unsur protein letak udang yang direbus dan kepingan ketam (crabstik) direbus juga. Tidak lupa suhun yang dicelur.

Kulit Popia Lutsinar



Sos pula cili api dan bawang putih ditumbuk, cuka, sos cili Thai, sos ikan, garam dan gula secukup rasa. Bancuh sedikit tepung gandum (tepung jagung sudah habis) dengan air panas. Campur semua dan kami panaskan dengan ketuhar mikro.


Popia Vietnam



Macam-macam saiz popia. Ada gemuk ada kurus. Pertama kali buat jadi ada try and error. Pertengahan buat abah lupa letak daun salad. Ada itu emak taknak timun. Dapat 6 batang. Cukuplah untuk kami 3 orang. Makan sebatang pun rasa penuh. Kalau makan popia sahaja memang tawar dengan rasa berangin daripada daun pudina dan sedikit pedas daripada daun selasih Thai. Jadi pada pendapat saya kena letak sedikit garam untuk popia. Makan dengan sos memang dapat tutup kekurangan yang dinyatakan.

Takpe boleh buat lagi. Kalau saya buat saya akan cari cara lain. Apapun teringin hendak rasa popia Vietnam di Cambodia Sup.

Jumpa lagi.


41 comments:

Nur said...

Rajinnya dia buat sendiri. Saya kasi thumbs-up untuk NA, dan abahnya dan maknya juga. :)

nohas said...

makanan sihat ni..byk sayuran..

Puan Hazel said...

Sedap nampaknya popia tu NA :)

mrhanafi said...

cerita yang menarik..

saya suka baca

Azhafizah MN said...

Saya dah lama nak cuba buat popia vietnam ni tapi tak kesampaian lagi. Teringin nak rasa sebab tak pernah rasa lagi. Buat sendiri boleh letak extra apa yang kita suka. First time buat takpe kak wina, pasni boleh buat lagi tambah garam sikit :)

Monamie said...

hi, jemput singgah blog, especially kalau berminat nak tambah pendapatan dengan Jamu Tun Teja. Terima kasih =)

https://241107hh.blogspot.com/2021/01/slip-gaji-yang-sah.html

Zhi said...

Ini sangat healthy dan sedap. Zhi suka ni. Dulu pernah selalu buat sampai naik jemu nak makan. Huuhuhu.. ~

mama sara nur @ Cik Nor said...

rajin NA

Ujie Othman said...

Buat sama-sama..terbaik!
Akak ni makan pun tak pernah, buat lagi la tak pernah. Hehe

izzaty sarafina said...

aaaa looks yummy. teringin nak buay but mostly my whole family tak gemar hm. ರ╭╮ರ

Syaz Rahim said...

Nampak jadi dah tu NA 🤗

Shikin Razali said...

Rajin awak buat Na.. akak blum berkesempatan nak buat sebab nak cari bahan² tue yang malas..hahahaa😂

norhidana said...

popia ni untuk yang suka ulam memang laju, tapi untuk yang tak minat ulaman memang idok la hehehe...

dana suka beli dgn sorang kwn, dia buat besar makan 2 dah kenyang... tapi nak buat sendiri memang dana tak rajin kak oi heheheh... kang sendiri buat sendiri makan

Wak Lat said...

kenapa tak gi je terus vietnam ? hehehe

ps. buổi sáng tốt lành

anakdenesor said...

tak pernah buat lagi..takot tak jadi hahaha

NA said...

Malas nak pergi Vietnam.

edahyukarim said...

Popia Vietnam ni bagi saya sos yang paling penting, buat penyedap..hehe

Luiz Gomes said...

Boa tarde NA. Confesso que não gosto muito de camarão e frutos do mar. Mais parabéns pela matéria.

Kakmim said...

kakmim pernah mkn sekali je.. lepas tu tgk je org mkn.. hehehe

Miss Mirror a.k.a Sam said...

Oh ni our favourite ni.
Baru buat juga 2 hari lepas.

Mrs. A said...

Belum pernah try buat sendiri lagi.
Pernah makan beli aje dari officemate ada jugak yang niece buat bolehlah kalau sosnya sedap. Lagi suka popia original krup-krap-krup-krap hehehhee... provide sos kena sedap jugak.

Nour Adieb said...

Belum pernah try buat tp pernah mkn sekali. Kwn2 ramai post buat popia ni 😬

dear anies said...

ada simpan utk sy tak? hahaha

SalbiahM said...

Rajinnya. Seronok buat sama-sama dengan famili. Tu yang rupa macam-macam. Popia vietnam ni boleh jadi menu dietyang sihat

mama tisya said...

buat sdiri puas mkn

Azian Elias said...

i berangan dah lama nak buat. tp tak terbuat2. hehehe

Abam Kie said...

hari tu anak2 abam kie gotong-royong buat popia vietnam ni. sedap dicicah dgn sos lada.

Siti Yang Menaip said...

buat sendiri puas hati kak.. letak isi banyak2 kasi gemok..
hehehe..

Umi Nazrah said...

Waalaikumussalam. Kak belum pernah buat. Yg tau pun order beli ja. Haha

Nina Mads said...

rajin NA membuatnya.. lama dh tak makan popia vietnam. last di ho chi minh

nanti sharekan resepinya..

Nor Azimah Ali said...

Ada sekali tu akk beli kt taman ni, kat taman akk ni mcm2 ada jual, dia punya sos..wallah sedap sungguh, disbbkan sos yg sedap tulah jadikan popia tu sedap, kalau tak tawar je kan.
Rajin NA buat ye, oklah tu nak mkn sendiri je kan

NA said...

Oh abah yang hendak. Buat bersama-sama.
Boleh buat lain kali dengan resipi lain.

NA said...

Tak sedap popia, tawar rasa kalau tiada sos. Insya Allah jumpa rasa yang sedap akan dikongsi resipi.

Litah L said...

Tiba2 macam mau makan popia 😋😋

Sha Mohamed said...

Sedap popia nie kalau dicicah sos..

adianiez AIDA said...

aida teringin sgt nak buat popia vietnam ni.
now, order dgn ofismet je, wina :) ha ha ha ha...
bukan nyer malas ke apa ke.
yg makan, aida sorang je. asben & anak-anak x gemar.
hmmm beli aje la 5, sendiri makan. puas!

Nina Mads said...

terima kasih kalau sudi share resepi.. dh pandai buat boleh buat jual.
susah nk jumpa orang jual musim PKP 2.0. mungkin susah nk dpt stok brg

nona sani said...

Suka jugak popia Vietnam nih... Hehe..Selalu kena makan dengan sambal .. takda kuah sambal tu, macam tak kena rasanya..

mamapp said...

Puas hati buat sendiri boleh makan byk2

Cik nadya said...

wowww.sedapnya kak.. da lama sy xbuat ni :)

babYpose said...

Wah pandai anak beranak buat popia vietnam, nampak sedap, memang makanan sihat ni, nakkan rasa asli, itu yang tiada rasa tapi sedap macammana pun, sebab udang ada rasa tersendiri..