Nuffnang

Friday, May 20, 2022

Kopi Susu Oh Kopi Susu

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Hari terakhir puasa. Esok dan Ahad rehat sekejap berpuasa sebelum sambung 2 hari lagi untuk habiskan puasa sunat. Baru boleh hela nafas lega.

Sepanjang 11 hari puasa saya elakkkan minum kopi langsung. Tidak mahu ada rasa badan berangin. Alhamdulillah sepanjang puasa boleh elakkan pada hal ketika Ramadan memang hendak sangat minum ketika berbuka. 

Lagipun serbuk kopi tinggal sedikit jadi alasan juga tidak minum. Tapi semalam abah beli pek isi semula Indocafe. Sudah. Abah tidak tahu niat diri ini untuk cuba berhenti minum kopi susu selama-lamanya.

Serbuk Mikro Kopi



Memang letak lidi dalam bekas. Petua elak berketul serbuk mikro kopi atau boleh guna kayu aiskrim.

Tengok berapa lama saya bertahan. Tapi ketika buka atau sahur berbaki 2 hari memang saya tidak akan sentuh. Jangan cari nahas nanti sakit macam hari itu. Balun kopi susu banyak. Beringat juga usia sudah meningkat tidak boleh minum seperti dahulu. Lagipun kopi ini buat ketagih. Mula-mula minum sedikit nanti makin lama makin meningkat kuantiti.

Ok itu sahaja luahan kali ini. Jumpa lagi.

19 comments:

nohas said...

kopi ni bagus kalau x letak susu...x lengkap rasanya kalau x minum kopi..hehe..

semoga dapat bertahan..

Suria Amanda said...

SA selalu amik kopi o je...x pandai minum kopi susu...erm...tapi tu la..angin confirm akan menyerang

AiniHalim said...

Aini pun kuat coffee.. kadang2 pagi tgh ptg malam minum..
Sekarang ni dah sekali atau 2kali sehari gap yang jauh ok la..hehe
susah tul nak stop coffee..

I am LZ said...

W'salam NA,
LZ mesti minum kopi susu setiap hari di office kalau tidak tak boleh buat kerja. Kadang-kadang memang akan dapat sakit kepala sebab angin dalam badan.. Hujung minggu saja off dari minum kopi..

Nur said...

Kuatnya NA, lama bertahan tak minum kopi.
Saya tak mampu, NA.
Selamat sambung puasa, dan semoga semua dipermudahkan.

mama tisya said...

kopi susu pernh minum kwn beli...dpt yg sejuk kaw nk2 plak di kala cuaca panas...

mrhanafi said...

boleh minum kopi tetapi jangan pualk berlebihan

Warisan Petani said...

Wak jarang2 minum kopi kecuali kalau memandu jauh2
Nanti susah tido

Yuslina Ghazali said...

baru tahu petua x nak bagi berketul atau keras serbuk kopi yea.. serbuk nescafe kalau buat boleh ke?

Puan Hazel said...

Sy minum kopi sekali-sekala...
Suka juga kopi susu tapi lebih kerap layan kopi O :)

Mbul Kecil said...

indocafe coffee memang lezat kak na..akupun sekarang tiap pagi biar mata segar langsung pengen seduh kopi dan krimer...tapi kadang pengen kurangi konsumsi gula kopi juga hihi..Semangat program rehat ngopinya kak hihi

Rabiahtul adawiyah said...

Sy sekali sekala minum kopi

mrhanafi said...

antara kopi dengan susu ...maka saya suka susu kerana lebih berkhasiat

Amie said...

Betul tu kopi bikin ketagih. Dah lama saya tak hirup kopi, seminggu dua ini tak cukup secawan sekali minum!

SalbiahM said...

semoga berjaya. saya pernah cuba pantang kopi tapi lepas tu pening dan rasa letih sangat. kopi sebenarnya bagus kalau kopi 'o'. campur susu tu yang jadi banyak masalah kesihatan

Dasir Rounin said...

1st time dengar pasal letak lidi tu.. nice info

mummy_ayu said...

wah...bagusnya. saya paling lama 3 or 4 hari, pastu start pening dah..minum kopie..terus ok. he he he...

Bola Katok said...

Kopi atau Nescafé susu buat kita ketagih. Payah nak stop bila dah minum.

Azhafizah MN said...

Baru tahu petua tu kak. Biasanya kalau nescafe tu cepat betul kerasnya. Padahal tutup ketat dah. Mana yang memudaratkan tu eloklah kita tinggalkan perlahan lahan. Semoga akak sihat dan baik baik je.