بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...
Banyak dugaan. Ingat hendak tangguhkan sebab ramai budak-budak dan emaknya (adik perempuan) tidak sihat tapi abah (atuk) semangat bawa Azim bersunat di Senawang. Azim ini sebenarnya kalau ikut turutan keluarga anak buah lelaki ke-2 umur 7 tahun. Anak buah lelaki pertama Aidan umur 9 tahun belum lagi.
Dengan bermula lambat dan trafik jalan sesak. Akhirnya selamat disunatkan pada 11 Disember (Ahad). Sampai rumah sudah malam.
Esoknya Azim demam. Tidak pasti sebab jangkit daripada kakak atau adiknya ataupun sebab bersunat. Apapun layan dia macam raja sedia makan minum dan lap badan. Berehat dan tidak aktif berjalan.
Semoga cepat sembuh.
23 comments:
Moga segera sembuh yaaa ❤️
Mmg kena layan cam raja... Banyakkan rehat... sensititif tuuu
Cucu lelaki wak umur 10 tahun pun tengah berpantang ni
Alhamdulillah kira berani la Azim ni umur 7tahun dah sunat.Tahniah Azim.Moga cepat sembuh
Alhamdulillah, dah selamat bersunat...
wahhhh azim msk jawi lah... lps ni dah boleh jadi imam....syafakallah azim
cuti sekolah ni mmg musim berkhatan... tp yg kena khatan tu tak mcm org dulu. pg khatan petang dah boleh berlari hehehe
Alhamdulillah. Selamat semuanya. Jap lagi sembuh la tu. Aamiin.
Alhamdulillah selesai satu perkara. Tahniah atas keberanian Azim 👏. Moga Allah beri kesembuhan buat Azim.
semoga cepat sihat. Alahai tengah berpantang demam pulak. mesti tak selesa
Semoga cepat pulih lagi Azim 😊. Tapi lega lah sudah sunat juga akhirnya. Anak saya minta THN depan pas usianya 7 tahun. Masih takut katanya. Saya tak nak paksa, tapi tanya ke dia mau di usia berapa. Jadi setidaknya biar dia juga siap saat mau di sunat😁
Alhamdulillah, selamat berpantang buat Azim
Anak2 buah PH pun bersunat juga cuti sekolah ni. Alhamdulillah kedua-duanya baik belaka.
Moga Azim cepat sembuh ye.
budak2 skrg sekejap je dah sembuh drp bersunat. abe kie dulu hampir 2 minggu gak. perubatan skrg dah maju n moden gitu..
harap2 sekarang azim dah boleh berlari ;-)
Demam terkejut sebab kena sunatkah? 😂
Moga cepat sembuh ye Azim.
Best kan dapat layanan macam anak raja hihihii.
Alhamdulillah. Semoga cepat sihat.
Baya-baya anak² sy je ni... tp 3 hero kecil sy belum lg berkhatan
Musim cuti sekolah ni memang meriah budak2 lelaki kena sunat..hehe...
Alhamdulillah... Dah selamat 👍
bagus juga dapat sunat awal-awal...boleh cepat membesar sebagai johan
wah meriah ada geng.. bujang dh budak2 ni kan
Post a Comment