Nuffnang

Monday, September 12, 2011

Luahan Mengenai PC Sendiri Dan Gambar Yang Diambil Semalam



Assalamualaikum...


Sibuk la tadi menyusun susun atur pc sendiri kan sebelum muatnaik gambar. Ingatkan takde terpadam sendiri. Sekali ada pula. Terfikir gak adakah kerana cpu tu  pada posisi 'tidur' maka tak dapat kipas angin yang saya halakan terus dengan kuasa 3. Pakcik saya cakap dia pakai ok jer untuk sehari suntuk. Tu yang saya musykil sebab pc ni sepatutnya  ketahanan untuk menyala lagi lama daripada laptop. Lagi pula sebelum ni saya pakai pc ni boleh hidup lama tanpa letakkan kipas secara terus ke cpu. Oklah abaikan masalah tersebut. Lagipun dapat muatnaik gambar yang saya nak walaupun bukan semua dapat muatnaik.


Nak kongsi 3 keping gambar yang diambil semalam. Tak banyak ambil. Selamat menjamu mata.

Sebelum Pergi Seterika Baju Yang Hendak Dipakai

Emak + Adiva + Amin

Cuba Teka Y Ambil Apa Kat Tangan Emak?


P.S: Ke pc saya ni dengan orang lain dia tak buat hal. Haha maklum pakcik saya juruteknik komputer. Eh ada sesiapa yang tahu macam mana nak kembalikan cpu tu boleh beroperasi lebih 24 jam?


19 comments:

aimie amalina said...

aiyaaaaakk
x mampu nak meneke?
npon ke?
ahhhahaha
aiyooo
x dpt tlg kak wina..sebb x taw...hehehee
comelnye bdk 2 org tuuuuu

NA said...

@Mimito: Salah. Takpe, Kak Wina tanya sapa leh tolong. Hehe itu anak saudara dan sepupu.

Jasman said...

ala...Y ambil duit raya la tu...kn.
pasal pc xleh hidop lama tu tak pasti la...cuba buka casing pc tu...tgok berapa lama pc tu boleh idop...hehe

NA said...

@Jasman: Awak ni pandai teka. Hehe takleh wat peraduan suruh awak masuk lepas ni. Ala apsal kena buka casing lak? Betul ke saranan awak kasi ni?

Jasman said...

mesti la betul...cuba dulu...kalau sama juga beli je la pc baru...hehe

zulhilmi.tempoyak said...

ce hentak2 sket pc tu...
hihihih..

xde la..mungkin fan dye rosak kot..

NA said...

@Jasman: Kak Wina takmo beli.

@Zulhilmi: Mungkin gak. Kena tukar eh?

maszull said...

salam wina....wah dah boleh letak gambar la...cun mama tengok...
beraya kat mane tu...siap dpt wet raya lg...:)

Jasman said...

tak pe biar sy belikan...hahaha

NA said...

@Mama Maszull: Tu raya rumah sepupu di Saujana Impian Cheras.

@Jasman: Awak betulkan atau ganti alat yang tak berfungsi macam si Zulhilmi cakap mungkin kipas tak berfungsi lagi kut. Takyah beli baru. Akak Wina sayang ngan cpu tu.

GaRy™ said...

tengah ambik duit raya ke tuh??... hehehe...

nuRuL haNis said...

salam,wina. boleh ke buka casing cpu tu? sebelum ni,ada kawan yg uruskan kedai komputer gtau, ada lagi guarantee kalau sealed dia tak terbuka. huhu...anis pun xsure la. dah berapa tahun pakai cpu ni?

NA said...

@Gary: Haha betul.

@Nurul Hanis: Ye ke? Tak reti buka casing tu. Oh maksud Hanis kalau casing belum buka makna masih ada guarantee eh? Terima kasih beritahu.

NA said...

@Nurul Hanis: Lupa jawab soalan Hanis berapa tahun pakai. Tu sebenar adik kasi. Tapi Wina pakai dah setahun.

abghani said...

operasi cpu 24hrs-letak dlm bilik air-con.

Firdnurjue said...

Wina..yunk..u pki bju krg ijau 2 ek..weeeeeeeeeeeeeeeeeeee

NA said...

@Abghani: Terima kasih bagi pendapat.

Jue: Bukan, itu adik.

schaze zainn said...

err..mebi kene beli pc baru kot..ehehehe

NA said...

@Schaze: Haha itu yang tak sanggup dengar.