Nuffnang

Wednesday, January 29, 2025

Tudung Kegemaran Berlubang

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Tudung kegemaran, tudung Turki yang dipakai bertahun-tahun dimakan oleh seterika baru! Silap sendiri betul-betulkan suhu seterika tanpa cuba daripada suhu rendah dahulu.

Tudung Turki Warna Hijau Zaitun



Tidak dapat diselamatkan. Berlubang di tengah tudung. 

Dahlah sekarang susah jumpa tudung begini lagi. Innalillahiwainnailaihirajiun. Moga Allah gantikan dengan tudung yang lebih baik.


Sunday, January 26, 2025

Hadiah: Set Bukhoor- TQ Shikin Razali

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Hadiah ini dapat tahun lepas lagi iaitu menjadi tukang komen terbanyak tahun 2023 di blog Shikin Razali. Maaf lambat coretkan sebab ketika itu tiada mood sangat untuk tulis blog.

Apapun segera mesej Shikin kata dah dapat tapi itulah pertama kali guna jadi tanya bagaimana untuk gunakan bukhoor. Hehe. Dapatlah tutorial yang dicadangkan di youtube. Masa mula-mula ingat pemetik api yang dapat tidak berfungsi.

Gambar di bawah ini set saya dapat. Bukhoornya sudah habis saya guna tapi arangnya ada lagi. Untuk pengetahuan semua, bukhoor ialah potongan kayu gaharu yang dicampur dengan pati haruman.

Dari Atas Kiri: Pemegang Arang, Bukhoor, Pemetik Api, Arang 
Bawah: Mabkhara



Jadi saya kena beli bukhoor baharu. Kebetulan semalam saya pergi makan buffet di Swiss Belhotel Melaka di Jalan Hang Tuah. Sementara tunggu pukul 12 tengahari singgah di kedai Elarab, Bangunan Wisma Air. Pengalaman pertama membeli dan memilih. Nasib baik ada sampel untuk bau setiap bukhoor. Saya pilih Golden Oud Almas Perfumes Bukhoor. Bau manis. Suka bau yang begini. Harga RM55 untuk 40 gram. Lepas ini boleh cuba jenis lain pula.

Golden Oud Almas Perfumes Bukhoor



Tq Shikin Razali kerana pemberian awak saya dapat belajar guna.

P.S: Korang pernah guna bukhoor? Boleh kongsi pengalaman atau tips untuk saya yang baru belajar ini.

 

Friday, January 24, 2025

SR Mini Giveaway 2025

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tetiba nampak pos ini. Huh terus tertarik kalau Syazni buat.


 Klik gambar di atas untuk tahu syarat-syarat penyertaan.

Senang sahaja syaratnya. Ok selesai semua.


Monday, January 20, 2025

Setahun Sekali Wajib Buat

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Setahun sekali. Apabila sudah dilunaskan terasa beban diangkat. Alhamdulillah.

Salinan Slip 



Ada dapat emel daripada ASB supaya jangan keluarkan duit dalam tempoh diberikan dan melabur sekurang-kurangnya RM5 000 untuk menang hadiah.

Tidak dapatlah buat. Kadang-kadang saya harap PNB yang automatik tolak duit zakat macam Tabung Haji.


Hadiah: Menjadi Salah Seorang Kamu Yang Mesra 2024

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...


Terlebih dahulu hendak minta maaf sebab lambat terbitkan pos. Alhamdulillah parcelnya sampai Ahad lepas, 12 Januari tapi saya tiada di rumah. Saya dapat buka pada keesokannya iaitu Isnin. Cuak juga sebab nampak koyak kecil pada plastik parcel. Cepat-cepat buka untuk tengok isi di dalam.

Parcel Keriangan. 



Perasan tidak pada gambar di atas nampak lubang kecil sebelah kanan yang menampakkan sesuatu yang berwarna merah jambu?

Syukur dapat dengan tiada kerosakan. Terus bagitahu pada Puan Ujie parcel telah diterima.
Buka plastik ada beg kanvas merah jambu. Kemudian nampak beg motif bunga dan kimono, siap ada tulisan buatan dari Jepun. Cantik betul. Terus rasa hendak bawa untuk terawih.

Corak Motif Bunga Sakura, Gunung Fuji Dan Kimono



Kemudian dalam beg ada hadiah lagi. Kotak hitam 'Best Wishes'. Macam- macam ada. Ada kalendar Masihi 2025 dan Hijrah 1446/1447, penanda buku, buku, magnet peti sejuk Taiwan, teh pic Jepun. Banyak diberi. Ini semua tempat yang Puan Ujie lawati.

Susun Hadiah Yang Saya Dapat



Saya suka baca blog Ujie. Penuh maklumat dan gambar-gambar yang diambilpun cantik. Selalu kagum bagaimana Puan Ujie boleh ambil gambar-gambar yang cantik.

Kalau korang minat baca tentang tempat yang dilawati oleh Puan Ujie boleh taip ujieothman.blogspot.com. Selain tempat yang dilawati, ada juga tempat makan yang disinggah dan cerita peribadi. Sambil itu boleh cuci mata tengok foto-foto dan video yang dirakam.

Jumpa lagi.


Thursday, January 9, 2025

Tambah Setahun Umur

 بسم الله الرحمن الرحيم
Assalamualaikum...

Tanggal 9 Jan 2025 tambah lagi setahun umur.
Malam sebelum itu, saya tinggal seorang di rumah. Pagipun keseorangan di mana saya perlukan keadaan begini.

Abah balik kejap dari kampung bawa nasi lemak. Jadi simpan untuk dimakan waktu berbuka.

Petang suasana kecoh balik sebab adik no. 2 dan 3 sekeluarga balik rumah dari kampung.

Adik saya no. 2 ingatkan saya "Na, Makchek kata wajib balik kampung esok, kalau  tidak heret sekali dia."

Saya menjawab, "Ya, ya memang nak balik semalam (Rabu)."

Saya jenis malas keluar rumah. 

Insya Allah akan pergi majlis harijadi cucu Makchek. Kira ini macam hendak sambut harijadi saya juga kalau nama saya mesti ada.

Selamat bercuti dan berehat di hujung minggu. Sabtu hingga Isnin ke JB. Insya Allah.